Pindaan perlembagaan dah lulus pun, jangan gaduh lagi – Shahril ingatkan ahli Umno

Pindaan perlembagaan dah lulus pun, jangan gaduh lagi – Shahril ingatkan ahli Umno

Ahli dan pemimpin Umno diingatkan berhenti daripada terus mengadu domba dan bergaduh sesama sendiri.

Ketua penerangannya, Shahril Hamdan memberikan peringatkan itu selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) meluluskan permohonan Umno untuk menangguhkan pemilihan parti selepas PRU15.

“Kini masanya kita henti adu domba antara satu sama lain. Tidak perlu gaduh, atau syak wasangka, jauh sekali menuduh sensasi pemimpin Umno cuba mensabotaj mana-mana ketetapan parti sendiri.

“Walau apa pun desas-desus di luar sana, akhirnya kita ukur melalui hasilnya, ketetapan parti diangkat dan diutamakan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tumpuan Umno kini ialah menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan semua ahli dan pimpinan perlu kembali bersatu.

“Seperti yang diputuskan oleh Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 dan diperkuat dengan pengumuman hari ini, pemilihan lepas PRU. Tarikh PRU ‘top 5’ bincang, bawa ke MKT, kemudian kita masuk gelanggang.

“Sekarang masa untuk semua figura Umno menjadi penyatu. Pemilihan pasti selepas PRU – maka tambah kuat lagi bahawa tiada sebab untuk menjadi selain daripada penyatu menjelang PRU ini.

“Di kala parti kita di ambang kemenangan, kita pilih kesepakatan untuk meyakinkan rakyat memilih kestabilan,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan memaklumkan JPPM telah meluluskan permohonan Umno untuk menangguhkan pemilihan parti itu selepas PRU15. FMT

Pindaan perlembagaan dah lulus pun, jangan gaduh lagi – Shahril ingatkan ahli Umno


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker