Biden isytihar bencana besar di Kentucky

JACKSON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Jumaat mengisytiharkan bencana besar di Kentucky akibat banjir besar yang melanda di negeri itu pada Selasa.

Pengisytiharan itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Putih.

Beliau mengarahkan bantuan Persekutuan untuk menambahkan usaha pemulihan di kawasan yang terjejas oleh ribut teruk, banjir, tanah runtuh dan runtuhan lumpur.

Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Deanne Criswell turut menamakan Brett H Howard sebagai Pegawai Penyelaras Persekutuan untuk operasi pemulihan di kawasan yang terjejas.

Penilaian kerosakan juga diteruskan dan lebih banyak daerah serta bentuk bantuan tambahan mungkin ditetapkan selepas penilaian selesai sepenuhnya.

Lebih 16 orang maut dalam kejadian banjir di negeri tersebut dan angka kematian akan meningkat berikutan bencana tersebut berlaku akibat hujan lebat. – Agensi

Biden isytihar bencana besar di Kentucky


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker