11 kapal China cuba gertak Filipina

11 kapal China cuba gertak Filipina

MANILA: Kapal China dilihat melakukan ‘pencerobohan’ yang jarang berlaku ke atas Beting Thomas Kedua di Laut Filipina Barat, bertujuan menunjukkan kekuatan dan menggertak Filipina

Ini adalah pertembungan kedua di beting berkenaan, yang dikenali sebagai Beting Ayungin oleh Filipina, selepas China mengganggu misi penghantaran bekalan Filipina di perairan yang sama pada hujung minggu lalu.



Pengarah SeaLight di Gordian Knot, Pusat Inovasi Keselamatan Negara, Ray Powell, yang merujuk imej satelit oleh Planet Labs, berkata sebanyak 11 kapal maritim China diperhatikan di beting yang dikuasai Filipina.

Selain itu, puluhan kapal militia China berkumpul di pinggir beting berkenaan sejak Isnin lalu.

“Pencerobohan yang sangat luar biasa di kawasan pedalaman beting ini nampak sebagai gertakan China untuk menunjukkan kekuatan dan keupayaan Beijing.

“Agak jarang untuk melihat kapal China memasuki kawasan pedalaman beting sama sekali, tetapi kali ini 11 kapal, pastinya jumlah tertinggi yang pernah kami perhatikan di SeaLight.



“Malah, ia mungkin tidak pernah berlaku sebelum ini,” tulisnya dalam analisis di laman sesawang SeaLight, semalam.

Terumbu Panganiban (Mischief), yang juga terletak dalam zon ekonomi eksklusif (EEZ) Filipina dan terletak 37 kilometer (km) ke barat laut Beting Thomas Kedua.

Ia diubah oleh China menjadi satu pos tentera terbesarnya di Kepulauan Spratlys, dengan landasan udara tiga km, tempat perlindungan peluru berpandu, hangar dan kubah radar.

Menurut Powell, satu lagi armada 27 kapal China, termasuk kapal Pengawal Pantai China (CCG) 5402 dan 26 kapal militia Qiong Sansha Yu, dikesan menerusi isyarat pengenalan automatik (AIS) mengelilingi beting itu.



Lebih banyak kapal kelihatan di luar beting tanpa AIS yang sepadan, sekali gus menimbulkan persoalan jika ada kapal CCG atau separa militia yang menyelinap masuk.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Filipina percaya kapal CCG dibantu oleh kapal militia China yang menyamar sebagai bot nelayan untuk mengganggu kapal Filipina di Laut Filipina Barat.

Ketua Pemerintah Barat, Naib Laksamana Alberto Carlos, berkata terdapat lima kapal militia China di beting itu setakat semalam, pada jarak 3.7km hingga 9.26km dari Sierra Madre.

“Kehadiran kapal asing yang berlegar-legar di EEZ kami sentiasa membimbangkan dan berdasarkan penilaian kami, kehadiran mereka di dalam beting adalah untuk memantau rapi kapal Filipina di Sierra Madre.



“Kami sentiasa memerhati mereka mengambil gambar dan buat masa ini, hasrat Filipina adalah untuk menghalau kapal China secara ‘tanpa konfrontasi’ dengan mengerahkan bot getah. BH

11 kapal China cuba gertak Filipina

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jeslina Hashim bakal kahwin kerabat diraja

Mati pucuk, dapat P-Shot, Zainal dah cuba



Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung

Tok Mat makin gah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker