Nasihat seorang budak kepada Imam Abu Hanifah yang hampir ke neraka
Nasihat seorang budak kepada Imam Abu Hanifah yang hampir ke neraka
Suatu hari ketika al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan,
“Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti.”
Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya,
“Wahai tuan, siapakah nama tuan?”
Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab,
“Namaku Nu’man”
“Oh! rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam (Imam yang sangat hebat) itu?” budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.
al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab,
“Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya.”
Seraya mendengar jawapan Nu’man, lantas budak itu pun menjawab,
“Wahai Imam! janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu. Aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah Taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga.”
Menangis al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.
Allahu, hari ini berapa ramai yang tewas dengan ujian harta dan jawatan. Baru diberikan sedikit kemewahan harta dari Allah sudah mula berasa ujub dan bangga. Habis semua ditayangnya di sosial media untuk menunjukkan betapa kaya dan berjayanya dia seperti sedang memegang pintu syurga. Sedangkan itulah selangkah kakinya sudah menjejak neraka. Dan itulah sebenarnya ujian dunia.
Begitu pun semoga kita juga dapat mengambil pengajaran dari kisah ini. Walaupun kaya dan tingginya jawatan serta gelaran yang diperoleh oleh seseorang itu, ingatlah semua itu hanyalah sekadar ujian sahaja. Jangan kerana kekayaan, gelaran atau jawatan yang ada menyebabkan kita tergelincir ke dalam api neraka. Wallahu a’lam Utv
Nasihat seorang budak kepada Imam Abu Hanifah yang hampir ke neraka
Baca Artikel Menarik:
- What are the motives of Mahathir withdrawing review of Batu Puteh?
- “Top 5” bertemu, tanda pilihan raya makin dekat
- Scammer menyamar jadi Wan Junaidi
- Langkawi cuba haramkan UMNO, paksa lompat ke PPBM – Nik Nazmi
- Harga minyak masak boleh diturunkan, idea Najib betul
- Perokok tiada hak, kesihatan rakyat lebih utama
- Tuntutan Cuepacs beri kesan terhadap kerajaan pada PRU – bekas KP JPA
- Guru dipercayai maut selepas gaduh
- Pengerusi NGO diserang setelah lapor penyelewengan Penjana Kerjaya ke SPRM
- Pinjam duit mentua bayar upah cubaan bunuh isteri sendiri
- 2 anak Allahyarham Jamaluddin Jarjis berjaya batalkan saman nenek
- Amanda Manopo selebriti panas
- Abang kawasan asal Kelantan ugut penjaja wanita akhirnya dikutip polis [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.