Bunuh diri lepas tembak

Bunuh diri lepas tembak

Washington: Wanita berusia 29 tahun dilaporkan dibunuh oleh bekas suaminya yang kemudiannya dipercayai membunuh diri selepas melakukan jenayah berkenaan.

Lelaki itu dikatakan bertindak sedemikian selepas wanita terbabit berkongsi secara terbuka perjalanan perceraian mereka di TikTok, menurut polis.



Sania Khan, seorang jurugambar ditembak Raheel Ahmed, 36, yang datang dari rumahnya di pinggir bandar Atlanta, Georgia, ke kediaman baharu Sania di Chicago, menurut laporan polis yang diperoleh Chicago Sun-Times, lapor Daily Star.

Polis Chicago memberitahu, pegawai ABC News tiba di tempat kejadian untuk mencari seorang wanita dan seorang lelaki, masing-masing dengan kesan tembakan di kepala dan menemui senjata di situ.

Wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lelaki itu dibawa ke sebuah hospital di mana dia kemudian disahkan meninggal dunia.

Pejabat Koroner Cook County mengesahkan identiti mereka dan berkata, kematian Sania dianggap sebagai pembunuhan manakala kematian Ahmed adalah bunuh diri.



Sania yang berasal dari Chattanooga, Tennessee, menggunakan TikTok sebagai saluran untuk membincangkan kehidupan berumah tangga dan bagaimana perceraian membantunya memulakan kehidupan baharu menerusi nama pengguna ‘geminigirl_099’.

Menurut laman wanita itu, perkahwinannya dengan Raheel bertahan kurang setahun sebelum dia memfailkan cerai.

Jurugambar Pakistan-Amerika itu juga berkongsi kesukaran yang dihadapinya dengan keluarganya dan masyarakat Asia Selatan yang tidak merestui perceraiannya.

“Melalui perceraian sebagai wanita Asia Selatan, kadang-kadang, anda rasa gagal dalam hidup.



“Cara komuniti melabelkan anda, kekurangan sokongan emosi yang anda terima, dan tekanan untuk tinggal bersama seseorang.

“Ia menjadikan lebih sukar bagi wanita untuk meninggalkan perkahwinan yang mereka tidak patut mulakan dari awal,” katanya.

“Wanita sentiasa diharapkan untuk berdiam diri. Itulah yang membuatkan kami berada dalam situasi kucar-kacir pada mulanya,” katanya. HM

Bunuh diri lepas tembak




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!



Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker