PH mahu RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 lebih ketat lagi

SHAH ALAM – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berpendirian tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 (IPCC) yang dibentangkan di Parlimen.

Dalam kenyataan bersama pada Selasa, Majlis Presiden PH menegaskan, RUU berkenaan dilihat tidak memenuhi hasrat reformasi institusi selain mempunyai banyak kepincangan dan kelemahan.

“RUU IPCC yang dibentang di Parlimen lebih lemah berbanding badan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang wujud sekarang dan RUU IPCMC yang pernah dicadangkan dahulu.

“Sebagai contoh antara lainnya RUU IPCC ini mempunyai kelemahan-kelemahan jelas seperti anggota Suruhanjaya tidak berkecuali dan boleh dilucutkan bila-bila masa tanpa sebab, Setiausaha Suruhanjaya dilantik Menteri Dalam Negeri, manakala EAIC melantik setiausahanya sendiri pada masa ini,” menurut kenyataan itu.

Selain itu turut disenaraikan kelemahan RUU berkenaan termasuk tiada kuasa siasatan seperti EAIC; tidak membolehkan Suruhanjaya meneliti hal-hal di bawah Arahan Tetap Ketua Polis (IGSO) serta tiada peruntukan untuk suatu lembaga tatatertib.

Dalam pada itu PH berpendirian, tetap menyokong penuh RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berhubung anti lompat parti yang bakal dibahas di Parlimen pada 27 dan 28 Julai 2022.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)

Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker