Naikkan had umur lesen motosikal kepada 21 tahun, kata pakar

Naikkan had umur lesen motosikal kepada 21 tahun, kata pakar

Seorang perunding pengangkutan menggesa kerajaan untuk menaikkan had umur minimum kelayakan lesen motosikal daripada 16 kepada 21 tahun.

Rosli Azad Khan berkata umur 16 tahun adalah terlalu muda untuk menunggang motosikal dan menggesa “dasar regresif ini” dibatalkan segera.

Katanya, kerajaan sebaliknya patut menggalakkan peningkatan bilangan bas sekolah.

“Ini lebih selamat untuk pelajar sekolah,” katanya.

Beliau mengulas statistik terbaharu dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman yang menunjukkan terdapat 25,958 kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal direkodkan di negara ini dari 2014 hingga 2020.

Manakala seorang lagi perunding, Goh Bok Yen, berkata kematian itu akan terus meningkat selagi kerajaan tidak mengasingkan dan menyekat penunggang motosikal ke lorong khusus.

Katanya, statistik menunjukkan purata 10 penunggang motosikal maut setiap hari dan empat daripada mereka berusia antara 16 dan 25 tahun.

“Hari ini, ia tidak menjadi kesalahan bagi penunggang motosikal untuk menggunakan semua lorong di lebuhraya bandar dan luar bandar, tanpa mengira kelajuan kereta yang melaluinya,” katanya.

“Sudah tiba masanya untuk kembali kepada asas mengasingkan ruang jalan dan menjadikannya satu kesalahan bagi penunggang untuk menceroboh lorong utama.

Goh berkata, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada pesalah berulang, sambil menambah bahawa penggunaan teknologi moden adalah satu-satunya pendekatan yang berdaya maju untuk menangani masalah itu.

Rosli pula berkata, sistem pendidikan di Malaysia tidak berkesan dalam menyemai kesedaran keselamatan jalan raya.

“Kemalangan jalan raya boleh dielakkan sekiranya penunggang tidak melanggar peraturan, tidak memecut laju, tidak berlumba sesama sendiri dan tidak menunggang secara melulu,” katanya. FMT

Naikkan had umur lesen motosikal kepada 21 tahun, kata pakar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)

Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker