Wanita dituduh curi Milo bebas selepas individu murah hati bayar ikat jamin
Wanita dituduh curi Milo bebas selepas individu murah hati bayar ikat jamin
Seorang wanita yang menunggu untuk dibicarakan semula kerana dituduh mencuri dua paket Milo bernilai RM74 diikat jamin atas kemurahan hati seorang individu.
Peguam Suhaini Mohd, Naran Singh berkata, individu itu membayar ikat jamin RM3,000 semalam di Mahkamah Majistret Marang supaya ibu beranak empat itu dapat dibebaskan daripada penjara Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu.
“Dia dibebaskan petang semalam dan dapat bersatu semula dengan keluarganya,” kata peguam itu kepada FMT.
Pada 5 Julai, Mahkamah Majistret Marang menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan selepas Suhaini, 43, mengaku bersalah atas tuduhan mencuri.
Bagaimanapun, pada 19 Julai, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Hassan Abdul Ghani memerintahkan perbicaraan semula dijalankan selepas beliau mengetepikan sabitan dan hukuman penjara ke atas Suhaini.
Hakim tersebut, yang memanggil kes itu atas kehendaknya sendiri selepas ia menarik perhatian umum, bersetuju dengan Naran bahawa prosedur perbicaraan adil tidak dipatuhi apabila Suhaini mengaku bersalah.
Suhaini ketika itu diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Dia kemudian dihadapkan di hadapan majistret Engku Nurul Ain Engku Muda, selepas prosiding Mahkamah Tinggi, dan didakwa sekali lagi melakukan kesalahan itu di sebuah pasar raya di Marang pada 25 Mei.
Kali ini, dia meminta dibicarakan dan dibenarkan diikat jamin RM3,000.
Suhaini dibawa semula ke penjara Pengkalan Chepa memandangkan prosiding berlangsung hingga lewat petang dan kes ditetapkan untuk sebutan pada 6 Sept.
Kejadian curi itu dirakam kamera keselamatan pasar raya terbabit dan pemiliknya mengekori Suhaini sebelum cuba menahannya.
Dalam keadaan tergesa-gesa untuk melarikan diri, Suhaini meninggalkan motosikalnya di stesen bas Marang.
Suhaini ditahan di rumahnya di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun, selepas pihak berkuasa mengesannya menggunakan nombor pendaftaran motosikal itu. FMT
Wanita dituduh curi Milo bebas selepas individu murah hati bayar ikat jamin
Baca Artikel Menarik:
- Hisyam Teh Poh Teik peguam baharu Najib
- ‘Jangan reka drama’, Tengku Hassanal minta polis tak ganggu aktivis
- Jutawan hartanah rebah dua kali
- Pelakon Aprena Manrose Cuti Panjang Fokus Nak Dapatkan Zuriat Lepas 6 Tahun Kahwin
- Logo baharu atau lama, PN dijangka kecundang dalam PRU-15
- Mahkamah diberitahu RM100,000 masuk akaun ASB Syed Saddiq
- Penoreh terkejut jumpa mayat terapung
- PRU-15: DAP pasti tumbang jika umat Islam bersatu
- Mansuh subsidi minyak pukal boleh naikkan kadar inflasi – Najib
- Ayam segar RM0.88, Rosyam Mart Sungai Buloh kena serbu
- Mayat berbungkus ditemui di Lojing
- Elon Musk Nafi Jalin Hubungan Sulit Dengan Nicole Shanahan Isteri Pengasas Bersama Google
- Suamiku ghaib tanpa berita
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.