Jamal diperintah bayar ganti rugi RM300,000 kepada Teresa Kok

Jamal diperintah bayar ganti rugi RM300,000 kepada Teresa Kok

Mahkamah Tinggi memerintahkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos membayar RM300,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Hakim Mohd Arief Emran Arifin mengeluarkan perintah itu selepas Jamal gagal membuktikan pembelaannya.



Jamal, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, turut diperintahkan membayar kos RM50,000 kepada Kok.

Kok memfailkan saman fitnah pada 2017 selepas Jamal menuduhnya menyeleweng dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) bawah inisiatif Skim Mesra Usia Emas kerajaan negeri.

Bercakap kepada media kemudian, Kok menceritakan pengalaman yang disifatkannya sebagai menyeksakan ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Jamal membuat laporan.

“Mereka serbu pejabat saya dan ambil semua fail saya,” katanya.



“Saya dan pembantu disoal siasat beberapa kali dan kami terpaksa jawab pelbagai jenis soalan.

“Kami terpaksa lalui seksaan sebegini hanya kerana Jamal buat laporan terhadap saya.”

Sementera itu, peguam Kok, SN Nair berkata, Jamal mempunyai pelbagai jalan untuk membela dirinya, namun gagal berbuat demikian.

Pada Jun, Jamal memecat peguamnya dan berkata, beliau berhasrat untuk mewakili dirinya. Bagaimanapun, beliau kemudian memohon perbicaraan ditangguhkan supaya beliau dapat mencari peguam baharu.



Bagaimanapun, Arief menolak permohonan Jamal dengan berkata, perbicaraan ini telah berlarutan sejak 2017. FMT

Jamal diperintah bayar ganti rugi RM300,000 kepada Teresa Kok


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi



Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker