Sunak janji bersikap lebih keras terhadap China

Sunak janji bersikap lebih keras terhadap China

London: Calon Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak berjanji akan bersikap lebih keras terhadap China jika beliau dipilih memegang jawatan itu kelak.

Bekas Menteri Kewangan Britain itu membuat ikrar itu selepas pesaingnya dalam perlumbaan terakhir untuk mengetuai parti Konservatif yang memerintah, Liz Truss, menuduhnya lemah terhadap China dan Rusia.

Cadangan Sunak termasuk penutupan semua 30 Institut Confucius di Britain, menghalang penyebaran kuasa lembut pengaruh China melalui program budaya dan bahasa.

Sunak juga berjanji untuk menendang Parti Komunis China (PKC) keluar dari universiti UK dengan memaksa pertubuhan pendidikan tinggi mendedahkan pembiayaan asing lebih daripada 50,000 Pound Sterling (RM266,694.40) dan mengkaji semula perkongsian penyelidikan.

Agensi pengintip domestik Britain, MI5 akan digunakan untuk membantu memerangi pengintipan China.

Beliau akan berusaha untuk membina kerjasama antarabangsa dengan gaya Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) untuk menangani ancaman China di alam siber.

Beliau juga akan mengkaji kes untuk mengharamkan pengambilalihan aset utama British oleh China termasuk syarikat teknologi yang sensitif secara strategik.

Sunak mendakwa, China mencuri teknologi mereka dan menyusup masuk ke universiti di dalam negara selain menyokong Vladimir Putin dengan membeli minyak Rusia serta cuba membuli jiran termasuk Taiwan.

“Mereka menyeksa, menahan dan mengindoktrinasi rakyat mereka sendiri termasuk di Xinjiang dan Hong Kong dengan melanggar hak asasi manusia.

“Dan mereka terus-menerus menipu ekonomi global yang memihak kepada mereka dengan menekan mata wang mereka.

“Saya akan menukar perkara ini pada hari pertama saya sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Global Times yang dikendalikan kerajaan China sebelum ini melaporkan, Sunak adalah satu-satunya calon dalam pertandingan itu dengan pandangan yang jelas dan pragmatik membangunkan hubungan antara United Kingdom (UK) dan China. HM

Sunak janji bersikap lebih keras terhadap China


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker