Signal PRU15 akan diberikan kepada PM Ogos ini – Tok Mat
Signal PRU15 akan diberikan kepada PM Ogos ini – Tok Mat
Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan memberikan gambaran laporan penuh kesediaan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diserahkan kepada Perdana Menteri pada Ogos ini.
Menurut beliau, laporan kesesuaian mengadakan PRU15 akan diberikan selepas beliau bersama beberapa barisan kepimpinan tertinggi selesai mengadakan siri jelajah bersama kepimpinan BN seluruh negara.
Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, laporan itu akan dibentangkan kepada jawatankuasa pengurusan dan biro politik parti sebelum dihantar kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Perdana Menteri sedang meneliti dan menunggu waktu yang sesuai (untuk PRU15) jadi kita perlu bagi ‘signal’ yang betul bahawa kita telah bersedia.
“Apabila kita bersedia, tiupan visel dibunyikan kita sudah tak ada masa dan perlu terus bekerja.
“Jadi kita akan habiskan (laporan bentang signal PRU15) pada pertengahan Ogos ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Melancarkan Jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Pulai Pinang di Pusat Konvensyen Perda di sini, hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir serta beberapa pemimpin berkaitan termasuk daripada parti komponen lain dalam BN.
Ketika diminta mengulas mengenai persiapan BN Pulau Pinang menghadapi PRU15, Mohamad berkata, perjumpaan selama tujuh jam bermula 9 pagi itu menunjukkan kesiap siagaan melebihi 50 peratus.
“Pembentangan mereka amat membanggakan meskipun soal calon belum diputuskan. Soal calon biar kepimpinan parti tentukan. Paling penting kita kena susun gerak kerja berhadapan dengan DAP.
“Siapa sangka BN kalah pada 2018 malah negeri saya pun kalah juga. Jadi tak mustahil ia berlaku di sini sekiranya kita atur strategi dan keseragaman dalam membentuk pasukan menghadapi PRU15.
“Kita kena pastikan BN teratur dan bersedia terlebih dahulu. Jangan ada perbalahan dalaman, jangan ada persengketaan dan yang paling penting sekali adalah keakraban BN itu,” jelasnya. MG
Signal PRU15 akan diberikan kepada PM Ogos ini – Tok Mat
Baca Artikel Menarik:
- Wartawan Israel siar video pengalaman curi masuk ke kota suci Mekah
- Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail
- Isu Sulu: Menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid
- Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
- Lelaki didenda RM50,000 kerana hina Islam
- Dua tan sampah dikutip di rumah suami isteri degil
- Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
- Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah
- Tarik subsidi petrol sekarang ibarat curah minyak ke dalam api – Tok Mat
- Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui
- Saya sokong Nuramira calon tilawah Quran – mufti P Pinang
- Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis
- DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun
Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur
MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose
You must be logged in to post a comment.