RM1,500-RM2,000 sebulan untuk dapat makanan berkhasiat

Gambar Hiasan

SHAH ALAM – Anggaran perbelanjaan bagi setiap isi rumah di Malaysia untuk menyediakan makanan bernutrisi seimbang kepada seluruh ahli keluarga pada masa ini ialah RM1,500 hingga RM2,000 sebulan.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak lebih 25 peratus berbanding perbelanjaan makanan sihat yang ditetapkan dalam kiraan pendapatan garis kemiskinan (PGK) pada tahun 2019 iaitu sebanyak RM1,169.

Kiraan itu berdasarkan keperluan nutrien optimum bagi empat orang dalam satu isi rumah berpendapatan di bawah B40 iaitu B20 terdiri daripada ibu, bapa dan dua orang anak.

Pegawai Sains (Pemakanan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Khairul Zarina Mohd Yusop berkata, kenaikan itu dijangka berlaku selepas mengambil kira peningkatan harga beberapa bahan makanan yang dimasukkan dalam perkiraan PGK makanan antaranya ayam, telur dan sayur-sayuran.



“Seperti dahulu, menerusi bahagian paling bawah piramid makanan, kita menyarankan masyarakat mengambil nasi, roti dan produk berasaskan bijirin yang merupakan pengambilan nutrien paling banyak.

“Tapi sekarang, disebabkan banyak penyakit termasuk obesiti, kencing manis dan penyakit kronik, kita tukarkan di bahagian bawah itu kepada pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran berdasarkan kajian saintifik ,” ujarnya kepada Sinar Ahad.

Khairul Zarina bagaimanapun mengakui, dengan mengambil kira harga bahan mentah di Malaysia pada masa kini, perbelanjaan memenuhi saranan pengambilan makanan seimbang itu sukar untuk dipenuhi terutama bagi kumpulan B20.

 



PERLUAS PEMBERIAN MAKANAN PERCUMA

Dalam pada itu, program pemberian makanan percuma yang tersedia secara universal di sekolah perlu dilaksanakan bagi menangani isu ketidakjaminan akses makanan berkhasiat di dalam negara, kata Pengerusi Persatuan Hak Dapat Makanan (Hadam) Malaysia, Profesor Dr Wan Abdul Manan Wan Muda.

Beliau berkata, dengan mengambil kira tekanan harga makanan ketika ini, isi rumah di Malaysia sememangnya berhadapan kesukaran untuk menyediakan pemakanan seimbang kepada ahli keluarga.

Disebabkan situasi tersebut, katanya, ia mendedahkan kanak-kanak khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana terhadap risiko kekurangan pengambilan nutrien, seterusnya menyebabkan berlakunya peningkatan kes bantut di dalam negara.



“Orang yang berpendapatan tinggi mungkin mampu untuk menyediakan makanan untuk anak-anak mereka, tapi golongan B40 atau M40 yang sudah jatuh ke dalam kelas berpendapatan rendah baru-baru ini, mereka sudah tidak lagi mampu.

“Jadi, isu asasnya ialah kita perlu melihat kanak-kanak ini supaya mereka diberikan makanan yang mencukupi di sekolah,” katanya kepada Sinar Ahad.

Beliau yang juga pakar nutrisi dan kesihatan awam dari Universiti Alma Ata, Yogyakarta, Indonesia berkata, penyediaan makanan bernutrisi seimbang semasa tempoh pembesaran kanak-kanak adalah waktu sangat kritikal bagi memastikan mereka membesar dengan sihat.

“Kalau perkara ini tidak ditangani segera, kita akan terus dengar berkaitan isu peningkatan kes bantut dalam kalangan kanak-kanak,” ujarnya



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker