Aplikasi MAE, M2U MY alami masalah

Aplikasi MAE, M2U MY alami masalah

Sistem perbankan dalam talian Maybank, MAE serta M2U MY dilaporkan mengalami gangguan tidak boleh diakses sejak awal pagi tadi.

Maybank dalam satu kenyataannya berkata, sistem MAE dan M2U MY mengalami masalah akses perlahan ketika ini dan berusaha untuk menyelesaikan masalah terbabit.

“Sukacita dimaklumkan bahawa anda boleh melaksanakan perkhidmatan perbankan anda di web Maybank2u.

“Pada masa ini, kami mengalami akses perlahan pada aplikasi MAE dan M2U MY kami.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan kami sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. Terima kasih atas kesabaran dan sokongan berterusan anda, ” jelas Maybank sebentar tadi.

Rata-rata orang ramai juga meluahkan keresahan mereka di media sosial sejak pagi tadi menyatakan tentang masalah tersebut.

“Maybank ok ke tu? Biasanya aplikasi ni tiada masalah, tidak seperti sistem bank lain, ” ujar Khairul Yo.

“Cepat selesaikan problem ni Maybank, hari ni orang ada yang dapat gaji. Banyak nak selesaikan hutang.

” Harap masalah ni tidak lama, semoga dipermudahkan, ” kata Farah Nadia.

“Terbaik Maybank, sentiasa kemaskini di sosial media. Umumkan masalah dan akan selesaikan dalam masa terdekat, ” kata Dyana Ahmad. K Online

Aplikasi MAE, M2U MY alami masalah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker