Segerakan PRU-15, bentuk kerajaan stabil – Zahidi

Segerakan PRU-15, bentuk kerajaan stabil – Zahidi

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu disegerakan bagi membentuk kerajaan yang stabil, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata, perkara berkenaan perlu diadakan secepat mungkin bagi memastikan ekonomi negara terus kukuh susulan pelabur pada masa ini tidak yakin untuk membuat pelaburan akibat keadaan politik negara yang tidak menentu.

“Saya secara peribadi berpendapat PRU-15 sepatutnya diadakan secepat mungkin bagi menjamin satu kerajaan yang stabil.

“Ini perlu kerana kita tak tahu bagaimana hendak hadapi cabaran selepas ini, ditambah dengan ketidakstabilan ekonomi dunia dan bencana serta dan sebagainya.

“Malah dalam keadaan politik pada waktu ini juga menyebabkan pelabur tidak yakin untuk membuat pelaburan di negara ini,” katanya selepas menyampaikan bantuan wang tunai kepada mangsa ribut Parlimen Padang Besar di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, di sini, hari ini.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar turut melawat dua rumah di kawasan Santan dan Mata Ayer yang mengalami kerosakan teruk akibat ribut pada 12 Julai lalu.

Turut hadir, ADUN Mata Ayer, Siti Berenee Yahaya.

Beliau berkata, apa yang lebih penting pada waktu ini adalah ekonomi rakyat perlu dijaga dan diberi penumpuan sepenuhnya.

Semalam, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hassan mencadangkan tempoh ideal bagi melaksanakan PRU-15 adalah sekitar Ogos hingga pertengahan November tahun ini.

Ini kerana pembentangan bajet dapat diawalkan sebelum pembubaran Parlimen dilakukan selain mengelak diadakan musim banjir yang lazimnya berlaku sekitar hujung November dan Disember. BH

Segerakan PRU-15, bentuk kerajaan stabil – Zahidi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker