Sebelum Meninggal Dunia, Juruterbang Jatuh Sakit Dalam Kokpit, Sempat Buat Pendaratan Cemas

Sebelum Meninggal Dunia, Juruterbang Jatuh Sakit Dalam Kokpit, Sempat Buat Pendaratan Cemas

SEORANG juruterbang pesawat penumpang di Indonesia secara tiba-tiba mengalami masalah kesihatan sebelum dikejarkan ke hospital dan diisytiharkan meninggal dunia tidak lama kemudian

Kapten Boy Awalia, 48 difahamkan ketika kejadian yang berlaku pagi Khamis, pesawat Citilink Airline baru 15 minit berlepas sebelum juruterbang tersebut jatuh sakit sewaktu berada di kokpit.

Pesawat berkenaan terpaksa berpatah balik dan mendarat kembali di lapangan terbang dan juruterbang tersebut dikejarkan ke hospital.

Penerbangan Citilink Indonesia Airbus A320 yang membawa lebih 100 penumpang, dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Surabaya menuju ke bandar Ujung Pandang, Makassar di wilayah Sulawesi Selatan.

Bagaimanapun, punca kematian juruterbang itu tidak didedahkan.

Saudara mara menghadiri pengebumian juruterbang Citilink Boy Awalia di Tanah Perkuburan Awam Pondok Kelapa di Jakarta Timur pada 21 Julai 2022. (Foto Antara)

Citilink Indonesia dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan kesihatan sebelum penerbangan untuk semua kru yang bertugas dan mereka ‘diisytiharkan sihat atau layak terbang’.

Dalam pada itu, penumpang dan anak kapal yang lain dilaporkan selamat.

Penerbangan baharu ke Makassar kemudiannya diatur dengan pesawat yang lain- Nationworldnews

Sebelum Meninggal Dunia, Juruterbang Jatuh Sakit Dalam Kokpit, Sempat Buat Pendaratan Cemas

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker