Ramai Ahli Parlimen Bersatu akan melompat lagi
Ramai Ahli Parlimen Bersatu akan melompat lagi
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil meramalkan lebih ramai Ahli Parlimen yang melompat masuk ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan keluar parti tidak lama lagi.
Isham berkata ini kerana momentum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membuatkan mereka merasakan tidak ada masa depan dengan Bersatu.
“Bukan sahaja Santhara, saya lihat ramai lagi akan keluar atau letak jawatan termasuk yang dulu mengkhianati UMNO.
“Dulu mereka melompat parti dan mencari kesempatan. Sekarang masa mereka telah hampir tamat. Mereka tidak nampak masa depan oleh itu mereka melompat lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Isham berkata demikian merujuk kepada laporan media Santhara yang juga Timbalan Menteri Pelancongan akan keluar parti.
Malah Ahli Parlimen Segamat itu turut dilaporkan sudah menyerahkan surat menyatakan hasratnya itu kepada Hamzah minggu lalu.
Laporan yang memetik sumber itu berkata, langkah tersebut dibuat selepas Santhara berasakan masa depannya sebagai Ahli Parlimen bukan Bumiputera dalam parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin gelap.
Mengulas laporan itu, Isham berkata, tindakan berkenaan mementingkan diri sendiri dengan membelakangkan prinsip parti.
“Kini mereka perlu berdepan dengan rakyat semula. Mereka tahu rakyat tidak akan terima oportunis-oportunis seperti mereka ini. Inilah yang berlaku kepada orang-orang yang ambil jalan singkat dan gadai maruah diri.
“Lambat laun mereka perlu tanggung akibat tindakan mereka tersebut. Bak kata pepatah Melayu, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua,” katanya lagi.
Semalam, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan Santhara itu tidak akan memberi kesan kepada parti itu.
Untuk rekod, Santhara menjadi Ahli Parlimen ketiga Bersatu selepas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin bertindak keluar parti dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Ia disusuli Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin yang secara terbuka menyatakan hasrat untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan salah satu parti dalam Gabungan Parti Sawarak (GPS). MG
Ramai Ahli Parlimen Bersatu akan melompat lagi
Baca Artikel Menarik:
- Wartawan Israel siar video pengalaman curi masuk ke kota suci Mekah
- Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail
- Isu Sulu: Menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid
- Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
- Lelaki didenda RM50,000 kerana hina Islam
- Dua tan sampah dikutip di rumah suami isteri degil
- Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
- Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah
- Tarik subsidi petrol sekarang ibarat curah minyak ke dalam api – Tok Mat
- Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui
- Saya sokong Nuramira calon tilawah Quran – mufti P Pinang
- Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis
- DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun
Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur
MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose
You must be logged in to post a comment.