Rakyat Kelantan jauh lebih bahagia berbanding Selangor – Amar
Rakyat Kelantan jauh lebih bahagia berbanding Selangor – Amar
Kedudukan Kelantan di tempat kelimat dalam Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2021 membuktikan rakyat di negeri itu senang dan berpuas hati dengan kehidupan mereka, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah.
Menurutnya, markah MHI yang diperolehi Kelantan jauh meninggalkan kedudukan negeri lebih maju seperti Selangor.
“Kita (Kelantan) termasuk antara negeri yang bahagia. Bahagia ini bermaksud rakyat puas hati, rakyat senang walaupun adalah masalah. Maka sebab itu kita masuk dalam indeks bahagia.
“Kita dapat skor 7.0, beza sedikit dengan Terengganu 7.2 (di kedudukan keempat), berbanding dengan Selangor 5.0, (Kelantan) jauh berbeza.
“Itu negeri yang dikatakan orang cerdik, PH (Pakatan Harapan) perintah, hasil bumi banyak, negeri kaya, tapi rakyatnya tidak bahagia, kedudukan paling bawah lagi,” katanya mengulas data MHI yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, baru-baru ini.
Naib presiden PAS itu berkata demikian pada sesi ceramah pascasidang DUN Kelantan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, malam tadi.
Ia turut menampilkan Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary; Adun Kijang, Dr Izani Husin dan Adun Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood.
Terdahulu Malaysiakini melaporkan MHI 2021 menunjukkan negara ini secara keseluruhan berada pada tahap Bahagia apabila mencatatkan skor 6.48.
Menurut laporan MHI yang julung kali dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Labuan merekodkan skor tertinggi, iaitu 9.29 atau ‘Sangat Bahagia’, manakala 11 negeri beserta Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan skor pada tahap ‘Bahagia’.
Melaka serta Selangor pula berada pada tahap Sederhana Bahagia.
Mohd Amar yang juga Adun Panchor berkata, rakyat Kelantan dinasihatkan supaya berfikir dengan baik dan tidak mengikut perasaan ketika ada pihak yang mahu menukar pentadbiran negeri itu.
“Jadi kita pilih nak apa dalam hidup, kita sebagai pengundi sebagai rakyat apa yang kita nak?
“Kita kena fikir jangan turut perasan, siapa kita nak bagi (perintah) nak tukar kerajaan?” soalnya. Mk
Rakyat Kelantan jauh lebih bahagia berbanding Selangor – Amar
Baca Artikel Menarik:
- Wartawan Israel siar video pengalaman curi masuk ke kota suci Mekah
- Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail
- Isu Sulu: Menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid
- Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
- Lelaki didenda RM50,000 kerana hina Islam
- Dua tan sampah dikutip di rumah suami isteri degil
- Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
- Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah
- Tarik subsidi petrol sekarang ibarat curah minyak ke dalam api – Tok Mat
- Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui
- Saya sokong Nuramira calon tilawah Quran – mufti P Pinang
- Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis
- DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun
Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur
MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose
You must be logged in to post a comment.