Penghidap Kanser, Nur Ammara Sumayyah Sudah Tiada
Penghidap Kanser, Nur Ammara Sumayyah Sudah Tiada
POKOK SENA: “Kami buat keputusan untuk bawa pulang Ammara Sumayyah ke rumah di Desa Keda Batu 13, Pokok Sena sehari sebelum Aidiladha selepas doktor sahkan tiada lagi rawatan yang mampu merawat sakit kansernya.
“Pada hari ketiga Aidiladha lalu, dia akhirnya pergi menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga,” kata Zulfikah Azman, 26, yang reda dengan pemergian anak keduanya itu.
“Kami reda dengan pemergiannya kerana tidak tahan melihat Ammara menahan sakit yang dialami. Kanser itu dikesan pada Disember tahun lalu selepas dia mengadu sakit perut dan tidak mampu berjalan.
“Ammara Sumayyah sudahpun lengkap pusingan pertama kemoterapi pada April di Hospital Pulau Pinang dan dilihat bertambah baik, namun kanser tersebut menyerang semula sehingga kesihatannya kembali merosot,” katanya semasa dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Zulfikah berkata, Nur Ammara Sumayyah yang akan genap umur empat tahun pada 4 Ogos ini disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang Serai, Pokok Sena.
Menurutnya, penghargaan diberikan kepada semua pihak yang banyak membantu keluarganya sebelum ini bagi meringan beban antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Lada, Pasaraya Econsave Pokok Sena dan orang ramai.
Pada 10 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan sepasang suami isteri di Pokok Sena diuji apabila dua anak mereka disahkan mengalami masalah kesihatan.
Zulfikah ketika itu memberitahu, anak sulungnya, Muhammad Rayyan, 7, menghidap penyakit kepala besar atau hydrocephalus manakala anak keduanya, Nur Ammara Sumayyah, 4, disahkan menghidap kanser neuroblastoma tahap empat.
Nur Ammara Sumayyah terlantar sakit akibat kanser tersebut dan tidak lagi aktif seperti kembarnya, Nur Ammara Sofia. -SH
Penghidap Kanser, Nur Ammara Sumayyah Sudah Tiada
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wartawan Israel siar video pengalaman curi masuk ke kota suci Mekah
- Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail
- Isu Sulu: Menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid
- Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
- Lelaki didenda RM50,000 kerana hina Islam
- Dua tan sampah dikutip di rumah suami isteri degil
- Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
- Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah
- Tarik subsidi petrol sekarang ibarat curah minyak ke dalam api – Tok Mat
- Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui
- Saya sokong Nuramira calon tilawah Quran – mufti P Pinang
- Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis
- DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun
Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur
You must be logged in to post a comment.