Mangsa bogel jatuh dari tingkat 17 dikenal pasti


PETALING JAYA – Identiti mayat lelaki yang ditemui dalam keadaan bogel dipercayai terjatuh dari tingkat 17 sebuah kondominium di Kelana Jaya, di sini, 12 Julai lalu telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Fakhrudin berkata, pihak polis telah meminta bantuan daripada pihak kedutaan berkaitan untuk mengenal pasti identiti sebenar mangsa berusia lingkungan 40-an itu.

“Buat masa ini kita dalam proses mendapatkan pengesahan asid deoxyribonucleic (DNA).

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan dalam proses untuk mengenal pasti sama ada mangsa mati dibunuh ataupun ada unsur-unsur lain menyebabkan kematian,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini pada Sabtu.



Fakhrudin berkata, dua suspek lelaki berusia lingkungan 40-an yang ditahan masih direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana disyaki membunuh.

“Kami dalam proses melengkapkan siasatan dan sejurus selesai akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Pada 18 Julai, Sinar Harian melaporkan pihak polis mengesahkan mangsa dan kedua-dua suspek berkenalan menerusi aplikasi media sosial untuk golongan gay.

Polis dalam kenyataan berkata, mangsa dipercayai sudah beberapa kali datang bertemu kedua-dua suspek di lokasi kejadian yang juga merupakan rumah suspek.



Mangsa dipercayai meninggal dunia sehari sebelum mayatnya dijumpai oleh pengawal keselamatan kondominium berkenaan dalam keadaan bogel.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur



MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker