Bertunang 6 Bulan, Penyanyi Lagu ‘Kucu-Kuca’ Lia Aziz Selamat Bergelar Isteri Gitaris Kumpulan Treehill

Bertunang 6 Bulan, Penyanyi Lagu ‘Kucu-Kuca’ Lia Aziz Selamat Bergelar Isteri Gitaris Kumpulan Treehill

PENYANYI yang popular menerusi lagu Kucu-Kuca, Lia Aziz selamat bergelar isteri kepada pemain gitar kumpulan Treehill, Arash Azimi Anuar pada Sabtu.

Pasangan ini disatukan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Al Amin Puchong sekitar pukul 9 pagi disaksikan oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat.



Lia Aziz atau Nor Alia Farzana Abdul Aziz, 19 dan Arash Azimi sebelum itu telah mengikat tali pertunangan pada 22 Januari lalu selepas dua tahun berkenalan.

Pasangan itu sama-sama bernaung dibawah syarikat rakaman yang sama iaitu Rusa Music mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang selepas mendapat persetujuan kedua belah keluarga.



Berkongsi tentang majlis resepsi, pasangan ini akan mengadakan majlis mereka secara kecil kecilan dan tertutup berikutan prosedur SOP yang ditetapkan dalam langkah berwaspada bagi mengekang penularan wabak Covid-19

Terdahulu pada malam Jumaat, Lia menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memuat naik gambar pertunanganya di Instagram.

Lia turut memohon doa daripada pengikutnya agar urusan ke fasa perkahwinan dipermudahkan dan timbul desas-desus mengatakan penyanyi itu baka berkahwin pada Sabtu

“Alhamdulillah, satu langkah ke depan. Enam bulan lalu (bertunang). Semoga Allah permudahkan urusan untuk langkah seterusnya,” katanya.



Lia sebelum ini sering berkongsi gambarnya bersama Arash di media sosial namun tidak pernah mendedahkan mereka sudah mengikat tali pertunangan.

Dalam satu temubual sebelum ini, Lia memberitahu cukuplah hanya orang terdekat sahaja yang mengetahui status sebenar hubungan mereka.

Sementara itu, pasangan itu akan diraikan dalam sebuah kenduri pada malam Sabtu di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya.mSTAR



Bertunang 6 Bulan, Penyanyi Lagu ‘Kucu-Kuca’ Lia Aziz Selamat Bergelar Isteri Gitaris Kumpulan Treehill

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker