Tiada bukti kukuh Covid-19 sebabkan zakar mengecut, mati pucuk
BANGKOK – Seorang pakar bedah urologi di Thailand menegaskan bahawa tiada bukti kukuh yang menunjukkan zakar lelaki akan mengecut jika dijangkiti Covid-19, lapor laman Thaiger, semalam.
Dr. Nantawat Siritanan dari Hospital Nopparat Rajathanee memberitahu kaum lelaki supaya tidak membuang masa berasa bimbang sama ada kelelakian mereka akan terjejas jika dijangkiti wabak koronavirus.
Nantawat menjawab dakwaan yang dibuat kelmarin oleh seorang juruteknik perubatan, Pakphum Dejhassadin yang lebih dikenali sebagai Mor Lab Panda.
Pakphum menulis di laman Facebook bahawa dia membaca laporan menyatakan bahawa sebilangan lelaki di Amerika Syarikat (AS) yang dijangkiti Covid-19 menyedari zakar mereka mengecut sehingga 3 sentimeter.
Pakphum menambah, jangkitan koronavirus juga boleh menyebabkan mati pucuk disebabkan aliran darah yang berkurangan lantas membuatkan zakar gagal mencapai ereksi penuh.
Catatan Facebook itu menerima lebih 36,000 reaksi, lebih 46,000 komen dan dikongsi lebih 27,000 kali.
Nantawat berkata, secara teorinya Covid-19 boleh menyebabkan keradangan organ seks lelaki dan mengakibatkan pembekuan darah.
Namun beliau menambah, kes seperti itu dikesan dalam jumlah yang sangat kecil di peringkat dunia dan tidak ada bukti kukuh menunjukkan virus Covid-19 sebagai punca zakar mengecut.
Pakar urologi itu menganggap majoriti pesakit yang dijangkiti virus tersebut hanya paranoid.
Nantawat berkata, terdapat sebab atau punca lain untuk zakar mengecut atau penyakit Peyronie seperti umur dan masalah obesiti. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wartawan Israel siar video pengalaman curi masuk ke kota suci Mekah
- Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail
- Isu Sulu: Menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid
- Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
- Lelaki didenda RM50,000 kerana hina Islam
- Dua tan sampah dikutip di rumah suami isteri degil
- Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
- Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah
- Tarik subsidi petrol sekarang ibarat curah minyak ke dalam api – Tok Mat
- Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui
- Saya sokong Nuramira calon tilawah Quran – mufti P Pinang
- Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis
- DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun
Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur
MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose
You must be logged in to post a comment.