Malaysia bakal luluskan produk ketum

Malaysia bakal luluskan produk ketum

Kementerian Kesihatan sedang memperhalusi produk-produk ketum yang sesuai untuk didaftarkan di negara ini.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sama seperti produk cannabidiol (CBD), produk ketum hanya dibenarkan untuk tujuan perubatan.



“Saya dilantik oleh jemaah menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum bagi tujuan perubatan untuk melihat bukti terkini berkenaan ketum dan kanabis.

“Selepas jawatan kuasa mendapat pandangan pakar-pakar sama ada ketum atau kanabis boleh digunakan dengan selamat untuk tujuan perubatan, maka, kita akan keluarkan kerangka bagi pendaftaran produk-produk sedemikian.

“Ini juga memberi kesan kepada penanam-penanam ketum yang mungkin boleh mendapatkan hasil ekonomi daripada penjualan tanaman ketum mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) mengenai status ketum sama ada ia dapat diluluskan dan produk ketum dapat dijual di masa akan datang.



Tambah Khairy, isu ketum akan mula diteliti lebih lanjut dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum yang akan diadakan pada 25 Julai ini.

“Saya memberi bayangan bahawa untuk ketum, kita masih lagi melihat kepada bukti yang kemungkinan besar kita akan keluarkan kerangka bagi pendaftaran produk-produk berkaitan CBD menjelang akhir tahun ini supaya dapat dipertimbangkan pendaftarannya dan penggunaan untuk penyakit tertentu pada tahun depan,” katanya.

Namun, beliau menegaskan, kelulusan produk ketum tertakluk kepada hasil ujian klinikal.

“Cara paling selamat ialah melalui ujian klinikal dan penyelidikan klinikal supaya tidak ada mudarat yang datang daripada penggunaan ketum atau kanabis dalam perubatan,” katanya. Utusan



Malaysia bakal luluskan produk ketum


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun



Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker