Tajuddin berang digelar seksis, dakwa wanita DAP tak senonoh

Tajuddin berang digelar seksis, dakwa wanita DAP tak senonoh

Dewan Rakyat kecoh apabila Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) berang digelar gemar mengeluarkan kenyataan berunsur seksis oleh seorang wakil rakyat DAP.

Tajuddin menyifatkan kenyataan Teo Nie Ching (PH-Kulai) semalam sebagai tidak senonoh.



“Wanita DAP tidak senonoh,” katanya.

Selepas membuat kenyataan itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) meminta Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon mengambil tindakan terhadap Tajuddin yang didakwa menghina wanita dengan kenyataan seperti itu.

Tajuddin yang berang kemudian mendakwa Rayer berniat jahat dan cuba memburukkan imejnya.

“Mulut jahat, kaki cucuk dan kaki hasut,” katanya.



Selepas perbalahan antara Tajuddin dan beberapa Ahli Parlimen pembangkang, Ahli Parlimen Pasir Salak itu diarah keluar Dewan oleh Rashid.

Semalam, Teo menamakan tiga Ahli Parlimen yang sering mengeluarkan kenyataan berunsur seksis di Dewan Rakyat.

Teo menamakan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) dan Tajuddin.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata tindakan Teo hanya ingin memburukkan imejnya.



“Semalam beberapa Ahli Parlimen telah menyebut Pasir Salak, Kinabatangan dan Baling dengan kata-kata burukkan nama dan imej tiga wakil rakyat ini kononnya tidak hormat wanita.

“Saya nak beritahu, mereka tak kenal siapa tiga orang ini. Bagaimana kita hormat wanita, tolong wanita. Kamu tak tahu bagaimana kita layan wanita. Tanya wanita Umno macam mana.

“Yang kita masalah beberapa wanita DAP ini. Perangai tak senonoh. Apa motif tuduh kami. Jangan senang-senang tuduh kami tak hormat wanita,” katanya.

Selepas kenyataan Tajuddin terhadap wanita DAP itu, beberapa Ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati dan meminta Rashid mengambil tindakan terhadapnya.



Teo turut meminta Tajuddin diambil tindakan atas kenyataannya itu.

Begitu juga dengan Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) yang meminta Tajuddin menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, tindakan tidak diambil terhadap Tajuddin dan Rashid membenarkan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Anti-Gangguan Seksual 2021 di Dewan Rakyat. FMT

Tajuddin berang digelar seksis, dakwa wanita DAP tak senonoh




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi



Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker