Pegawai polis bunuh rakan curang dengan isterinya

Pegawai polis bunuh rakan curang dengan isterinya

Polis Indonesia menggantung tugas seorang daripada pegawai tertingginya selepas pengawal peribadinya mati ditembak dalam satu kejadian mencurigakan di pegawai berkenaan.

Ketua Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo memaklumkan, Inspektor Jeneral Ferdy Sambo digantung tugasnya sebagai ketua hal ehwal dalam polis ketika pihak berkuasa negara ini menyiasat kes pembunuhan Nopryansyah Yosua Hutabarat yang berusia 27 tahun.

“Keputusan yang dibuat itu bagi memastikan siasatan telus dapat dilakukan tanpa mengira pangkat atau jawatan seseorang.

“Proses siasatan giat dilakukan dengan semua saksi berkaitan dipanggil untuk beri keterangan dan mengikut piawaian yang ditetapkan,” katanya.

Nopryansyah yang berpangkat sarjan ditugaskan melindungi keluarga Ferdy dilaporkan terbunuh akibat ditembak pada 8 Julai lalu.

Pemeriksaan hospital mendapati terdapat beberapa kesan tembakan pada badannya selain kesan lebam dan tulang bahu serta tulang rahang terkehel, sekali gus mencetuskan spekulasi Nopryansyah ditembak oleh anggota polis lain di rumah Ferdy.

Polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa cuba melakukan serangan seksual terhadap isteri Ferdy sehingga mencetuskan pertengkaran yang berakhir dengan pembunuhan.

Polis tidak mendedahkan kes itu sehingga 11 Julai lalu, selain menamakan suspek sebagai ‘E’, malah 12 kamera litar tertutup yang berada di lokasi kejadian dilaporkan rosak kesemuanya.

Dalam pada itu, tiada seorang pun jiran Ferdy memaklumkan mereka terdengar bunyi tembakan di rumah pegawai polis terbabit atau melihat ambulans tiba.

Media tempatan turut melaporkan mangsa kemungkinan mempunyai hubungan dengan isteri Ferdy menyebabkan dia diseksa sebelum dibunuh sebagai balas dendam.

Sementara itu, Menteri Penyelaras Politik, Perundangan dan keselamatan, Mahfud MD memuji tindakan polis menahan Ferdy dan menjelaskan siasatan akan dilakukan terperinci bagi menyelesaikan kes tersebut. Utusan

Pegawai polis bunuh rakan curang dengan isterinya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker