Kerajaan Negeri diminta segera warta tanah lapang awam – Ismail

Kerajaan Negeri diminta segera warta tanah lapang awam – Ismail

KERAJAAN Negeri diminta untuk mempercepatkan proses mewartakan kawasan tanah lapang awam di kawasan masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua Kerajaan Negeri, melalui agensi-agensi yang bertanggungjawab di bawahnya diseru untuk mengambil langkah yang lebih serius dalam menyegerakan pewartaan TLA di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara (KTN).



Menurut beliau, pewartaan TLA berkenaan akan memastikan ianya kekal terpelihara dan kekal berfungsi sebagai kawasan lapang yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat untuk tujuan rekreasi dan riadah ke arah Malaysia yang lebih berdaya huni.

“Kerajaan menetapkan sasaran sebanyak dua hektar tanah lapang untuk 1,000 penduduk bandar. Jumlah keseluruhan tanah lapang awam di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan ialah 23,433 hektar.

“Bagaimanapun hanya 33 peratus atau 7,662.6 hektar daripadanya telah diwartakan, 24 peratus (5,738.4 hektar) dalam proses pewartaan manakala selebihnya belum diwartakan,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-40 hari ini.

Baca juga: 1,128,738 individu lengkap dua dos vaksin Covid-19
Dalam pada itu, mesyuarat berkenaan bersetuju meluluskan satu dasar utama berkaitan perancangan bandar dan desa iaitu Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (PIRECFS) untuk dijadikan sebagai panduan perancangan serta pembangunan fizikal dan hutan bagi seluruh Semenanjung Malaysia.



Menurut beliau, PIRECFS tersebbut merupakan satu inisiatif untuk menghubungkan lapan kompleks hutan utama negara yang melibatkan lapan negeri iaitu Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan. E9

Kerajaan Negeri diminta segera warta tanah lapang awam – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba



Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker