Kerajaan longgar tempoh khidmat wajib untuk doktor

Kerajaan longgar tempoh khidmat wajib untuk doktor

Kerajaan menawarkan untuk mengurangkan tempoh perkhidmatan wajib doktor daripada dua kepada satu tahun, manakala pegawai perubatan kontrak yang tidak mendapat jawatan tetap enam bulan selepas memohon, dibenarkan bebas daripada kontrak.

Dalam pekeliling baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, doktor yang terlibat boleh memohon pengurangan, penggantungan atau pengecualian perkhidmatan wajib mereka.



Tawaran sama turut diperluas kepada pengamal perubatan lain yang terikat dengan perkhidmatan wajib dengan kerajaan.

“Pengamal perubatan berdaftar yang tidak mendapat sebarang tawaran selepas enam bulan memohon jawatan tetap layak memohon pengecualian perkhidmatan wajib,” kata Noor Hisham dalam surat pekeliling yang dilihat FMT.

“Mereka yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun dalam perkhidmatan wajib juga boleh memohon pengecualian itu. Hanya menteri kesihatan atau ketua pengarah diberi kuasa untuk meluluskan permohonan ini.”

Noor Hisham berkata, doktor yang bekerja di luar negara dan ingin kembali bekerja di Malaysia boleh memohon pengecualian jika berusia 40 tahun ke atas tanpa mengira sama ada mereka memiliki kelulusan pascasiswazah.



Mereka yang ingin menangguhkan perkhidmatan wajib untuk melanjutkan pelajaran, berkhidmat di agensi awam lain atau tentera juga boleh memohon, dengan syarat mereka bersetuju untuk kembali melengkapkan tempoh yang belum tamat.

Doktor kontrak memaklumkan FMT bahawa langkah itu akan membolehkan mereka memilih untuk keluar daripada perkhidmatan kerajaan memandangkan ramai yang tidak mempunyai jawatan tetap disebabkan kekosongan jawatan yang terhad.

“Bilangan doktor kontrak yang menunggu jawatan tetap bertambah setiap tahun. Kini terdapat kira-kira 30,000 orang. Dalam temuduga baru-baru ini, lebih 6,000 memohon untuk mengisi 3,100 kekosongan jawatan,” katanya.

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan untuk melepaskan ribuan doktor, doktor gigi, dan ahli farmasi yang menerima biasiswa kerajaan daripada bon perkhidmatan sedia ada.



Pegawai kontrak yang bon mereka dibatalkan diberi pilihan untuk meneruskan perkhidmatan. Mereka yang telah dilantik ke jawatan tetap tidak terjejas.

Langkah kerajaan itu dilihat sebagai usaha untuk mengekalkan bilangan profesional perubatan kontrak dalam perkhidmatan awam. Sebelum ini, pemegang biasiswa kerajaan dikehendaki berkhidmat selama 10 tahun, termasuk tempoh latihan dan perkhidmatan wajib. FMT

Kerajaan longgar tempoh khidmat wajib untuk doktor


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu

Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]



Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker