Ismahalil janji akan dedahkan dan kongsikan pengalaman di penjara

Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah, 49, ingin mengotakan janji kepada arwah bapanya untuk menjaga ibunya yang kini menetap di Sepang.

Ismahalil yang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram, dua tahun lalu berkata, perkara pertama yang ingin dilakukan selepas dibebaskan adalah berjumpa ibunya, Salbiah Mat Noor, 88, yang kini sedang sakit.

“Saya mahu pulang ke kampung untuk berjumpa emak. Saya juga ingin menjaga emak kerana sudah berjanji pada arwah ayah.



“Lagipun sudah dua tahun saya tidak dapat berjumpa emak,” katanya yang menangis dan melakukan sujud syukur sebaik keputusan dibacakan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Ditanya adakah ibunya sudah mengetahui keputusan mahkamah, Ismahalil memaklumkan tidak pasti, tetapi yakin isterinya, Nor Haslinda Abd Manaf, 48, sudah memaklumkan kepada ibunya.

Ismahalil yang ditemui di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah juga memberitahu ingin berehat sebulan, sebelum kembali meneruskan operasi stesen radio dalam talian, Bapakku FM.

“Dengan semangat yang ada, saya akan membuka semula stesen radio yang ditutup seketika.



“Bagi saya, waktu dan masa saya akan teruskan stesen radio. Ini kerana ia adalah nyawa dan kehidupan saya.

“Dua tahun saya dalam (penjara), saya rasa seperti sudah mati kerana tiada hubungan dengan dunia luar.

“Ia satu tempoh yang lama dan kehidupan saya seakan terhenti kerana saya tidak dapat berkarya.

“Beri saya tempoh untuk berehat dan saya berjanji akan kembali kerana kerjaya sebagai penyampai radio adalah nyawa dan kehidupan saya.



“Saya akan kembali dengan nafas yang baharu,” katanya.

Sementara itu, Ismahalil berkata, dia akan berkongsi dengan pendengar pengalaman suka duka sepanjang dua tahun menjadi tahanan di Penjara Sungai Buloh.

“Dua tahun ini terlalu banyak memberikan pengajaran kepada saya. Banyak yang saya belajar dan tak mungkin saya bercakap dalam tempoh yang singkat.

“Bagi saya, sedikit masa untuk berkongsi kepada semua apa yang dilalui dalam penjara,” katanya.



Pada pertemuan berkenaan, Ismahalil juga sempat meluahkan kegembiraan dapat menjadi wali untuk majlis pernikahan anak sulungnya, Saidatul Nadiah, 27, yang akan mendirikan rumah tangga pada Oktober depan.

“Saya bakal menerima menantu, anak sudah bertunang dan bakal berkahwin pada Oktober depan.

“Syukur, Alhamdulillah saya boleh menjadi wali kepada anak perempuan saya,” katanya.

Pada 21 Februari lalu, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, di sini, pada jam 5.35 petang 27 Ogos 2021.



Ismahalil didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 12 sebatan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya

Rozita miliki rumah 7 bilik di London

DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah

Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker