Gopal Sri Ram kekal pendakwa utama kes berkaitan 1MDB

Gopal Sri Ram kekal pendakwa utama kes berkaitan 1MDB. Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram kekal mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ini susulan keputusan sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan bekas perdana menteri itu agar Sri Ram digugurkan sebagai pendakwa raya ad-hoc dalam empat kes jenayah yang dihadapi oleh Najib berkaitan 1MDB.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam yang mengetuai panel tersebut, berkata, mahkamah berpandangan tiada kesilapan yang boleh dirayu yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam menolak permohonan Najib.



“Kami dapati tiada merit dalam rayuan ini. Oleh itu, kami menolak rayuan ini dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya yang bersidang bersama-sama dengan Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.

Najib, 68, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 15 Februari lalu menolak permohonan Najib untuk menggugurkan Sri Ram daripada mengetuai pendakwaan perbicaraan 1MDB.

Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi membabitkan antaranya, dana RM2.6 bilion milik 1MDB, meminda laporan audit 1MDB dan pecah amanah berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Dalam menyampaikan keputusan itu, Yaacob berkata, aduan Najib bahawa pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dicemari dengan elemen campur tangan dalam bidang kuasa penyiasatan itu hanya boleh dijalankan oleh empat pihak berkuasa yang berkaitan dengan empat agensi dan ia bukan dalam bidang kuasa pendakwa raya.



Menurutnya, aduan lain oleh Najib ialah pelantikan Sri Ram juga dicemari dengan unsur berat sebelah dan konflik kepentingan berdasarkan kunjungan Sri Ram ke rumah bekas peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali serta dakwaan beberapa siri perbualan antara mereka.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Nur Syahirah Hanapiah mewakili Najib dalam prosiding pada Selasa yang diadakan secara maya manakala Sri Ram dan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib bertindak bagi pihak pendakwaan. – Bernama

Gopal Sri Ram kekal pendakwa utama kes berkaitan 1MDB


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Gopal Sri Ram Mahu Heret Presiden PAS ke Mahkamah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker