Persoalan isu siasatan Hakim Nazlan dibenar rujuk Mahkamah Persekutuan
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa membenarkan permohonan dua peguam dan seorang aktivis untuk merujuk dua persoalan undang-undang berkaitan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali ke Mahkamah Persekutuan.
Dua persoalan itu ialah sama ada badan penyiasatan jenayah termasuk SPRM hanya dibenarkan secara sah untuk menyiasat Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang telah digantung tugas menurut Perkara 125 (5) Perlembagaan Persekutuan, dan sama ada pendakwa raya mempunyai kuasa untuk memulakan atau menjalankan sebarang prosiding bagi kesalahan terhadap hakim-hakim yang berkhidmat menurut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Hakim Datuk Noorin Badaruddin berkata, Mahkamah Persekutuan adalah forum tepat dan sesuai untuk mendengar dan memutuskan persoalan undang-undang yang boleh memberi kesan terhadap badan kehakiman secara keseluruhan.
“Adalah jelas bahawa siasatan SPRM ke atas seorang hakim yang berkhidmat telah dilihat oleh pemohon dan banyak pihak dalam kalangan masyarakat sebagai satu pelanggaran terhadap prinsip pengasingan kuasa.
“Siasatan itu juga telah menimbulkan tanggapan bahawa badan kehakiman sedang diserang dan ini mempunyai kesan dari segi pesepsi dan keyakinan awam terhadap badan itu.
“Mahkamah mengambil maklum fakta mengenai perbezaan pendapat dalam isu ini dan tidak boleh tidak bersetuju bahawa perkara ini sememangnya amat penting kerana ia memberi kesan terhadap badan kehakiman secara keseluruhan.
“Oleh itu, mahkamah membenarkan permohonan ini tanpa sebarang perintah berkaitan kos,” kata Noorin yang menetapkan 19 Oktober ini sebagai tarikh pengurusan kes berikutnya.
Persoalan undang-undang itu dinyatakan oleh Nur Ain Mustapa, Sreekant Pillai dan Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dalam saman pemula mereka terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, SPRM dan kerajaan Malaysia bagi menuntut perisytiharan bahawa siasatan yang dijalankan oleh SPRM terhadap Mohd Nazlan adalah tidak berperlembagaan.
Menerusi saman pemula yang difailkan pada 6 Mei lepas, ketiga-tiga plaintif menuntut deklarasi bahawa SPRM tidak berhak atau dihalang daripada menyiasat hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang berkhidmat kecuali jika mereka digantung menurut Perkara 125 (5) Perlembagaan Persekutuan, atau dipecat menurut Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Mereka juga memohon perisytiharan bahawa pendakwa raya tidak diberi kuasa untuk memulakan atau menjalankan sebarang prosiding bagi kesalahan terhadap hakim-hakim mahkamah yang berkhidmat selain memohon deklarasi siasatan terhadap Mohd Nazlan adalah tidak berperlembagaan.
Ketiga-tiga plaintif menerusi afidavit sokongan yang difailkan bersama saman pemula berkata, media melaporkan bahawa SPRM telah memulakan siasatan terhadap Mohd Nazlan berkaitan dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya dan siasatan ini kononnya dimulakan berikutan laporan yang dibuat kepada SPRM.
Mereka mendakwa siasatan oleh SPRM terhadap hakim itu adalah satu pelanggaran oleh cabang Eksekutif terhadap kebebasan badan kehakiman dan prinsip pengasingan kuasa.
Baru-baru ini, Mohd Nazlan, yang mendengar kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan mensabitkan bekas Perdana Menteri itu dengan pertuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, telah membuat laporan polis berhubung artikel berita yang mendakwa beliau sedang disiasat mengenai isu wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya. – Bernama
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bekas pembaca berita stesen TV yang hilang masih belum dijumpai
- Puteri Sarah Liyana saman netizen
- Seru ahli PKR serang Najib hanya menguntungkannya – penganalisis
- Akibat Seks Ganas Lelaki Umur 40 Tahun Alami Sawan Dan Meninggal Dunia Di Hotel
- Balu Arwah Abam Beli Vellfire, Ali Puteh Kena Kecam Dengan Netizen
- Wartawan kena sekolah oleh peniaga tak mahu jual minyak masak paket
- Islam Suruh Kahwin, Bukan Bermaksiat 4 Tahun – Puteri Sarah
- Batal projek kerajaan bukan langkah bijak tangani isu ekonomi
- Kes seleweng dana PenjanaKerjaya RM100 juta: CEO, pengarah syarikat ditahan
- Mat Kilau kutip 71 juta, ustaz dedah amalan Syamsul Yusof dimurahkan rezeki
- Kelebihan sujud, 2 cahaya yang memancar
- Lelaki Ini Sanggup Derma Air Mani Untuk Bantu Pasangan Tak Subur, Kini Dah Ada 22 Orang Anak
- Sudahlah Anwar berbohong, rakyat makin cerdik dan bermaklumat/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu
Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.