Kes influenza meningkat tetapi bekalan ubat habis dipasaran

SHAH ALAM – Kebanyakan individu yang datang ke klinik setiap hari adalah mereka yang dijangkiti influenza dan Covid-19, kata seorang pengamal perubatan am di sebuah klinik Desa Petaling, Kuala Lumpur, Dr Eratha Krishnan Gobinadan.

Menurutnya, setiap hari pihaknya mengesan sekurangnya-kurangnya enam orang dijangkiti influenza manakala lima lagi Covid-19.

Namun jelas beliau, pihaknya menghadapi masalah untuk merawat pesakit influenza.

“Bila kita dapat tahu ada kes influenza, kita nak rawat tak ada ubat. Ubat influenza itu tidak ada stok dan susah sangat (nak peroleh). Itu masalah besar sekarang,” katanya kepada Sinar Harian.

Dr Eratha berkata, jika tiada ubat, pihaknya akan merujuk pesakit ke hospital untuk mendapatkan ubat di samping pihak klinik memberikan ubat batuk, selesema dan demam.

Tambahnya, ubat influenza juga sukar didapati di farmasi kerana negara pada waktu ini mengalami masalah kekurangan ubat.“Kita tak tahu dari mana dan macam mana nak dapatkan (ubat). Kita telefon wakil perubatan daripada syarikat farmasi, mereka pun tak ada stok,” katanya.Disebabkan itu, beliau berharap kerajaan boleh mengatasi masalah kekurangan ubat sama ada dengan cara mengimport atau menghasilkan sendiri ubat.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu

Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker