Tiga lelaki ditahan tak sampai 24 jam curi di kedai dobi

Tiga lelaki ditahan tak sampai 24 jam curi di kedai dobi

ALOR SETAR: Polis hari ini menahan tiga lelaki yang disyaki mencuri dua unit mesin token dan dua kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai dobi di Jalan Langgar, pagi semalam.

Mereka ditahan kurang 24 jam selepas pemilik dobi membuat laporan kehilangan peralatan di premis berkenaan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 10.43 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata dalam kejadian itu, mangsa kerugian kira-kira RM8,000.

Beliau berkata, sejurus laporan diterima, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menggerakkan pasukan operasi untuk mengesan suspek.

“Hasil daripada risikan, tiga lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an berjaya ditahan di tiga lokasi berasingan sekitar bandar raya ini, awal pagi tadi.

“Polis turut merampas sebuah mesin token yang dipercayai dicuri untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Shukri berkata, kesemua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar, pagi ini, untuk permohonan reman.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi dalam bangunan) dan dengan tangkapan awal tiga suspek ini, kes dianggap selesai. BH

Tiga lelaki ditahan tak sampai 24 jam curi di kedai dobi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]

Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker