Ratu ski air, Aaliyah raih gangsa Kejohanan Dunia Birmingham

Ratu ski air, Aaliyah raih gangsa Kejohanan Dunia Birmingham

RATU ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul pingat gangsa acara tricks wanita di Kejohanan Dunia Birmingham 2022 di Alabama, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Menurut laman web kejohanan https://twg2022.com/results/, atlet berusia 18 itu mengutip 7,960 mata keseluruhan untuk menduduki tempat ketiga daripada keseluruhan lima peserta dalam final yang berlangsung di Oak Mountain State Park.

Pingat emas dimenangi atlet Kanada Neilly Ross yang mengumpul 9,690 mata manakala pingat perak menjadi milik juara dunia dari AS, Anna Gay selepas meraih 9,190 mata.

Aaliyah akan meneruskan cabaran di Alabama dalam acara jump wanita final di venue sama awal pagi esok waktu Malaysia.

Sementara itu dalam kategori lelaki di Alabama, atlet tuan rumah Adam Pickos meraih pingat emas sementara Danylo Filchenko dari Ukraine dan peserta Perancis Pierre Ballon masing-masing memenangi perak dan gangsa.

Sementara itu Ketua Jurulafih Persekutuan Ski Air dan Papan Luncur Malaysia (MWWF), Hanifah Yoong berkata Aaliyah telah mengikuti program awal pembangunan 10 tahun MWWF 2009-2018 dan program pembangunan lima tahun dari 2019 hingga 2023, untuk mencapai kedudukan 10 terbaik dunia.

“Azamnya cukup kuat dan dia amat berdedikasi dalam latihannya. Saya yakin dia akan menjadi tiga terbaik dunia tidak lama lagi.

“Insya-ALLAH dia mungkin menjadi juara dunia dalam tempoh lima tahun menjelang umurnya 23 tahun,” kata Hanifah Yoong yang juga bapa Aaliyah.

Menurut waterski.com.my, gadis ini mula bermain ski pada usia enam tahun. Syabas Aaliyah kerana mengharumkan nama negara! SPlus

Ratu ski air, Aaliyah raih gangsa Kejohanan Dunia Birmingham


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]

Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker