Siap Keluar Bersama Beli Barang Anak, Bekas Isteri Enggan Bermusuh Dengan Penyanyi Tegar

Siap Keluar Bersama Beli Barang Anak, Bekas Isteri Enggan Bermusuh Dengan Penyanyi Tegar

DILIHAT keluar membeli barang keperluan bersama, bekas isteri penyanyi Tegar Septian iaitu Sarah Sheila tidak menolak jika mereka kembali berbaik dan rujuk semula.

Enggan menjadikan perceraian sebagai alasan bermusuh, Sarah berkata dia berserah jika satu hari nanti ditakdirkan berkahwin semula dengan Tegar.

“Secara peribadi, bagi saya masalah perpisahan bukan alasan untuk tidak berkawan. Dia bapa kepada Abidzar (anak) dan kami keluar membeli barangan anak.

“Tentang kembali bersama atau rujuk semula, biarlah masa yang menentukan dan ia juga bergantung kepada keputusan masing-masing,” jelasnya.

Masih lagi mengunci mulut mengenai punca perceraian mereka, Sarah menolak dakwaan masalah rumah tangga mereka ini hanya sekadar gimik seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.

Dalam masa sama, Sarah memberitahu dia tidak pernah menghalang Tegar untuk terus berjumpa dengan anak mereka.

Sarah tidak halang Tegar berjumpa anak.

“Tak mungkin saya akan pisahkan Tegar dan anak kami. Ia seperti merosakkan kebahagian anak dan merampas haknya mendapatkan kasih sayang seorang bapa.

“Masalah antara kami ini bukan gimik dan ia tidak kelakar jika dijadikan sepeti itu. Siapa yang katakan ia gimik, itu adalah kenyataan salah,” jelasnya.

Pada penghujung Jun, lalu Tegar mengumumkan sudah bercerai dengan Sarah selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Tegar dan Sarah memiliki seorang anak bernama Abidzar Oktaviano Putra Septian, 2 tahun

Siap Keluar Bersama Beli Barang Anak, Bekas Isteri Enggan Bermusuh Dengan Penyanyi Tegar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]

Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker