Kelebihan sujud, 2 cahaya yang memancar
Kelebihan sujud, 2 cahaya yang memancar
Inginkan awet muda? Tidak perlulah berbelanja besar tapi hasilnya belum tentu. Tapi bagi mereka yang berminat, di sini diberikan satu ‘produk’ yang percuma! Cepat! Sebelum hayat anda dikembalikan kepada Sang Pencipta.
Nak tahu? Sujudlah! Itulah ‘produk’ yang ramai terlepas pandang walhal untuk melakukannya tidak memerlukan belanja yang besar. Cukup dengan mengikut jadual yang ditetapkan, lima kali waktu sehari dengan 42 kali sujud! Mudah bukan? Ternyata firman Allah dalam surah al-Fath ayat 29 jelas menyebutkan,
“…Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredaan Nya. Pada wajah mereka kelihatan tanda-tanda bekas sujud (kelihatan tanda keimanan dan kesucian hati)…”
Berbicara tanda sujud yang ternampak di wajah yang disebut dalam surah tersebut boleh dijelaskan dalam dua keadaan. Pertama, cahaya ketika di dunia dan kedua dianugerahkan ketika di akhirat kelak.
Memetik pandangan Imam Fakhruddin al-Razi, cahaya di akhirat jelas dinyatakan dalam firman Allah dalam surah Ali Imran: 106,
“Di hari yang Allah memutihkan dan menggelapkan wajah” juga daripada surah ‘Abasa ayat 38, “Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri”.
Itu sebagai bukti setiap hamba Nya akan berbeza wajah ketika dibangkitkan di akhirat berdasarkan kepada amalan di dunia.
Manakala pendapat kedua ialah tanda sujud yang dizahirkan di dunia lagi. Satu tanda yang Allah zahirkan di wajah orang yang bersujud ialah pandangan wajahnya yang bercahaya, kelihatan tenang dan menyenangkan orang yang memandang. Dan kelihatan tanda keimanan.
Tanda inilah yang sering disebut oleh para sahabat sebagaimana yang terdapat pada wajah Baginda s.a.w. Daripada Jabir r.a. meriwayatkan,
“Suatu ketika pada malam bulan mengambang, saya sedang melihat kepada wajah Baginda. Ketika itu Baginda memakai sepasang pakaian merah. Seketika saya memandang kepada bulan dan seketika saya memandang kepada Rasulullah. Akhirnya saya membuat keputusan bahawa Rasulullah lebih tampan, menawan dan bercahaya daripada bulan.”
Selain itu, dalam tafsiran Imam Fakhruddin al-Razi juga menyebut mengenai tanda hitam di dahi. Perlu juga diingat ada sebahagiannya memang hitam kerana banyaknya sujud, namun banyak sujud belum tentu diterima solatnya.
Manakala ada yang hitam atas sebab-sebab lain. Jadi secara umumnya, tanda hitam di dahi boleh membawa erti tanda sujud yang banyak dan lainnya. Jika tanda sujud itu diiringi dengan sifat-sifat mahmudah dirinya dan wajahnya yang menepati ciri pertama di atas, lalu ia berkemungkinan besar tanda yang benar.
Kedua-dua keadaan seperti di atas boleh berlaku. Cahaya yang terpancar di wajah ketika di akhirat itu adalah sudah pasti terhadap hamba Allah yang beriman, namun tanda itu juga mungkin anugerah diberikan oleh Allah di dunia lagi.
Sudah tentu wajah orang yang beriman berbeza dengan wajah si pelaku maksiat, orang yang meninggalkan solat, pelaku dosa yang kelihatan gelap walaupun wajahnya berkulit cerah.
Itulah kesan hebatnya orang yang bersolat dan sujud kepada Allah. Banyak firman Allah yang menegaskan akan perkara ini. Antaranya,
“Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri..” (Al Qiyamah:22).
“Maka Tuhan memelihara mereka daripada kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati.” (Al insan:11).
“Kamu dapat mengetahui daripada wajah mereka kesenangan mereka yang penuh kenikmatan.”(Al Muthaffifin:24).
Oleh itu perbanyakkanlah bersujud kepada Allah kerana orang yang banyak bersujud kepada Allah adalah orang yang paling hampir dengan Allah. Wallahu a’lam utv
Kelebihan sujud, 2 cahaya yang memancar
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulangi janji hancing, Rafizi macam budak kalah main guli
- Siti Nuramira dan teman berjaya dapat sumbangan RM40,000 untuk bayar wang ikat jamin
- Pilihanraya Umum ke-15: Ini 25 ujian sebenar
- Najib cabar Rafizi, “..buatlah laporan polis tak takut pun..”
- Najib bidas Rafizi, lemah tidak mampu sanggah fakta saya
- Kutip duit kertas dalam tandas, wanita alami lumpuh tubuh badan
- Percaya dirasuk syaitan, anak bunuh ibu guna tukul
- Influencer Umur 30 Tahun Ke Atas Dianggap Terlalu Tua, ‘Cantik Je Tak Cukup’..Diminta Jauhi TikTok
- Penduduk temui ikan gergasi terdampar selepas banjir
- Penjara Ini Dianggap ‘Neraka’ Dunia… Bau Busuk Lebih 1 Kilometer, Banduan Lapar Makan Manusia
- Kecoh dan panik di Klang, bas pekerja terbakar bergerak sendiri
- Polis Syak 30 Wanita Jadi Mangsa Pakar Bius Jijik Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit
- Lelaki hina Nabi Muhammad dan Islam sudah ditahan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya
Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib