Jangan Beri Peluru, Serah Tengkuk Parti Kepada Musuh – Fahmi

Jangan Beri Peluru, Serah Tengkuk Parti Kepada Musuh – Fahmi

Ahli dan pemimpin PKR diingatkan tidak sesekali memberikan ‘peluru’ atau menyerahkan tengkuk parti kepada musuh untuk diserang.

Sebaliknya, Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil berkata, menjadi tanggungjawab setiap anggota dan pemimpin untuk mempertahankan parti, begitu juga setiap keputusan yang dibuat termasuklah calon yang diketengahkan dalam pilihan raya umum (PRU).

Beliau juga memberi contoh sikap segelintir ahli dan pemimpin yang sanggup menyebarkan tangkap layar komunikasi berkaitan parti melalui WhatsApp, malah ada yang sanggup membuat laporan polis atau kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang dilihat membuka ruang kepada musuh untuk menyerang parti.

“Jangan beri musuh kita peluru….saya sangat tekilan apabila ada beberapa rakan kita yang buat laporan polis dan ROS….kenapa serahkan leher dan tengkuk kita kepada musuh.

“Kita tahu mereka (pihak lawan) risau dengan adanya Anwar (Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Rafizi (Timbalan Presiden, Rafizi Ramli) kerana ia kekuatan paling kuat yang boleh sediakan PKR ke arah menerajui Putrajaya,” katanya ketika berucap sewaktu penggulungan Kongres Nasional PKR ke-16 di Pusat Konvensyen IDEAL, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi juga menegaskan Lembaga Disiplin parti tidak boleh duduk diam, sebaliknya perlu proaktif menghukum kelompok yang sengaja menyerahkan tengkuk parti kepada musuh ini.

“Biarlah proses membuat keputusan itu berlaku dalam jemaah….dan apabila dah buat keputusan, kita bertanggungjawab untuk pertahankan. Kalau tak bersetuju sekalipun, biarlah tak setuju (bangkit) dalam mesyuarat.

“Satu lagi mesti hadir mesyuarat dan menyumbang idea serta pandangabn…jangan pula tak hadir, selepas itu bangkang pula di luar,” katanya.

Berhubung PRU, Fahmi menegaskan tiga tumpuan perlu diambil perhatian parti untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PKR.

“Pertama, menang semua kerusi yang kita pegang sekarang. Kedua, menang kembali semua kerusi yang mengkhianati sekali gus menamatkan riwayat katak politik.

“Akhir sekali, pimpinan baharu perlu nyatakan kerusi stragetik yang perlu diberi tumpuan 100 peratus untuk memberi beri kekuatan kepada parti dan menang supaya menjadi tonggak di Putrajaya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau percaya pilihan raya boleh berlaku bila-bila masa selepas tamatnya memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani kerajan dan Pakatan Harapan (PH) pada 31 Julai ini.

“Ini bermaksud dari saat kita keluar kongres ini, tak akan ada lagi cai itu atau cai ini..yang ada hanya ‘team’ (pasukan) Keadilan.

“Tetapi untuk ‘team’ (pasukan) kita utuh dan kukuh, semua perlu bersama dan berikan kepercayaan kepada saf kepemimpinan baharu,” katanya.BH

Jangan Beri Peluru, Serah Tengkuk Parti Kepada Musuh – Fahmi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker