Gajah Jantan Ditangkap Di Baling

Gajah Jantan Ditangkap Di Baling

Baling: Seekor gajah jantan yang dipercayai merosakkan tanaman di Kampung Seri Ketengga dekat sini berjaya ditangkap Unit Tangkapan Gajah (UTG), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah semalam.

Pengarah Perhilitan Kedah Jamalul Nasir Ibrahim berkata, haiwan dianggar berusia 10 hingga 12 tahun itu berjaya ditangkap kira-kira 10 pagi di kawasan kebun getah dan kemudian ditambat pada pokok getah di situ sebelum akan dipindahkan ke kawasan selamat.



Jamalul Nasir berkata, gajah dengan tapak kaki berukuran 25.4 sentimeter dan gadingnya sepanjang kira-kira 17.8 sentimeter itu sudah beberapa kali dilihat datang ke kawasan terbabit.

“Buat masa ini, kita masih belum memutuskan lokasi untuk memindahkan gajah itu. Pemantauan berterusan di lokasi tangkapan akan dilakukan sehingga operasi pemindahan selesai kelak dan gajah liar tersebut akan diberi makan batang pisang pada waktu pagi dan petang oleh Perhilitan,” katanya.-HM

Gajah Jantan Ditangkap Di Baling

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul



Ambulans terbalik dilanggar jururawat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker