3 janda dicekup berkhalwat di negeri serambi mekah

Anggota penguat kuasa Jaheaik menahan pasangan yang berkhalwat di dalam bilik sebuah hotel di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Tiga janda antara 10 individu yang dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dalam tiga serbuan berasingan di inap desa, bilik hotel dan rumah sewa di daerah ini awal pagi tadi.

Kesemua individu ditahan selepas masing-masing didapati berada dalam keadaan mencurigakan dalam serbuan Op Korban yang dijalankan pada pukul 12 tengah malam hingga pukul 6 pagi tadi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, Jaheaik, Mohd. Fadzuli Mohd. Zain berkata, serbuan pertama dijalankan di inap desa sebelum menahan enam individu termasuk empat wanita yang disyaki berkhalwat.

Menurutnya, dalam serbuan itu, dua pasangan lelaki dan wanita ditahan selepas mereka didapati tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah.

“Siasatan mendapati, salah seorang daripada janda yang ditahan bekerja di kantin sebuah sekolah. Ketika serbuan, mereka berada dalam keadaan berpasangan antara satu sama lain.

“Dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Pasir Tumboh di sini pula, seorang lelaki ditahan bersama tiga wanita termasuk dua janda. Ketika serbuan dijalankan, mereka dipercayai sedang berkhalwat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Fadzuli, kesemua yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan dan kes disiasat mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker