Murid tahun tiga patah kaki dihempas guru KAFA

MARANG:  Seorang murid lelaki tahun tiga mendakwa kaki kanannya patah akibat dihempas oleh seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di sebuah sekolah di daerah ini pada 6 Julai lalu.

Sumber berkata, ibu mangsa berusia 36 tahun menyedari kecederaan dialami kaki kanan anaknya sewaktu mengambil kanak-kanak itu pulang dari kelas tersebut pada pukul 5 petang.

Beliau berkata, mangsa berusia sembilan tahun kemudiannya dibawa ke sebuah  klinik swasta berhampiran bagi pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mengesahkan kaki kanan kanak-kanak terbabit telah patah. Mangsa mendakwa ia disebabkan perbuatan guru KAFA terbabit  telah menghempasnya ke atas kerusi.

“Tindakan tersebut didakwa dilakukan kerana guru KAFA itu berang dengan perlakuan kanak-kanak lelaki terbabit di dalam kelas sebelum itu,” katanya di sini, hari ini.

Sumber berkata, laporan polis berhubung kejadian tersebut telah dibuat ibu bapa mangsa pada 8 Julai lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris  mengesahkan kes tersebut dalam  disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker