Sekatan Indonesia jejas pendapatan pekebun – Persatuan Pekebun Kecil

Sekatan Indonesia jejas pendapatan pekebun – Persatuan Pekebun Kecil

Tindakan Indonesia membekukan penghantaran tenaga kerja ke Malaysia dijangka memburukkan lagi keadaan sektor kelapa sawit yang kini diduga dengan kejatuhan harga, kata Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia (PKPKM).

Timbalan Presidennya, Adzmi Hassan memberitahu FMT, pembekuan itu dijangka memberi kesan kepada hasil tuaian industri minyak sawit yang banyak bergantung kepada buruh asing.



“Harga turun naik kita sudah biasa, tetapi disebabkan tiada buruh asing yang mahu menuai hasil, pendapatan pekebun kecil terjejas teruk, akibatnya sudah jatuh ditimpa tangga.

“Buah sawit yang sepatutnya dituai antara hari ke-12 hingga ke-15 terpaksa dipanjangkan kepada 15 hingga 20 hari ketika ini, malah ada pekebun kecil terpaksa menuai hasil sebulan sekali kerana tiada pekerja,” jelasnya sambil menambah ada pekebun terpaksa membiarkan buah sawit membusuk di pokok.

Adzmi yang turut mengusahakan ladang sawitnya sendiri mengakui sukar mendapatkan pekerja bagi menuai hasil ekoran kontraktor kurang menawarkan tenaga kerja asing bagi tujuan itu.

Ini katanya, menyebabkan buah sawit yang dituai kurang berkualiti kerana sudah melebihi tempoh tuaian, seterusnya mengakibatkan pendapatan mereka merosot secara mendadak.



“Bila kurang tenaga buruh, pusingan tuaian terpaksa dipanjangkan dan ini merugikan pekebun kecil. Jika tenaga buruh mencukupi, harga sawit jatuh sekali pun tiada masalah, asalkan kita dapat kekalkan pusingan tuaian buah sawit dua minggu sekali.

“Sekurang-kurangnya kerugian yang kita alami dapat ditanggung sedikit,” katanya.

Minyak sawit mentah (MSM) didagangkan pada paras tertinggi, iaitu RM8,706.50/tan pada 2 Mac lalu dalam tempoh enam bulan, namun menjunam kepada RM4,244/tan semalam.

Dalam pada itu, Adzmi kesal dengan sikap kementerian berkaitan yang dianggap “kurang serius” dalam menyelesaikan isu kekurangan buruh secara berterusan dalam sektor minyak sawit.



“Ibarat bercakap dengan dinding, kami tak tahu apa orang kementerian buat,” keluhnya.

“Aduan kami ibarat masuk ke bakul sampah. Isu kekurangan tenaga buruh sudah berlarutan beberapa tahun dan masih tidak dapat diselesaikan akibat kelemahan penyelarasan dalam kalangan kementerian berkaitan.”

Semalam, Indonesia mengumumkan penghantaran pekerja ke Malaysia dihentikan sementara, termasuk ribuan tenaga buruh yang diambil untuk sektor perladangan, berikutan pelanggaran perjanjian pengambilan pekerja yang ditandatangani kedua-dua negara.

Pembekuan itu tamparan terbaru buat Malaysia – pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia yang kini berdepan kekurangan kira-kira 120,000 pekerja – sekali gus menyebabkan industri berkenaan kehilangan hasil sebanyak RM28 bilion tahun ini akibat tandan buah segar tidak dituai. FMT



Sekatan Indonesia jejas pendapatan pekebun – Persatuan Pekebun Kecil


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri



Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker