Ismail presiden Umno jika pemilihan parti tahun ini – Nazri
Ismail presiden Umno jika pemilihan parti tahun ini – Nazri
Ismail Sabri Yaakob akan dipilih sebagai presiden Umno jika pemilihan parti itu diadakan hujung tahun ini, kata Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz.
Sambil menggambarkan ahli Umno sebagai “tidak suka bersuara”, beliau berkata apabila undi adalah rahsia, maka akar umbi akan melakukan perkara betul.
Katanya, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi boleh dikalahkan sekiranya pemilihan parti dibuat dalam masa terdekat.
Nazri memberi bayangan bahawa Zahid, sekiranya terus dipilih mengetuai Umno, keadaan tidak akan berubah kerana Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak boleh dilantik sebagai perdana menteri.
“Secara logiknya, jika kita ada pemilihan parti tahun ini. Dia (Ismail) sepatutnya menjadi presiden parti.
“Maksud saya, presiden parti tidak semestinya menjadi perdana menteri dalam keadaan sekarang kerana kita perlu mendapat sokongan daripada gabungan kita.
“Contohnya seperti Zahid hari ini. Dia presiden. Kenapa dia bukan perdana menteri? Atas sebab yang jelas, dia ada kes di mahkamah,” katanya menurut Astro Awani.
Mengulas lanjut, Nazri menjelaskan ahli Umno akan menggunakan saluran undi sebagai tempat untuk meluahkan suara hati mereka.
Katanya, saluran undi yang rahsia itu akan digunakan sebaik-baiknya oleh ahli parti menyatakan sokongan atau bantahan mereka kepada mana-mana pemimpin.
“Mereka (ahli Umno) tidak suka bersuara. Apabila undi adalah rahsia, saya fikir mereka akan melakukan perkara yang betul. Mereka tidak perlu berkata apa-apa. Mereka hanya mengundi. Itu sahaja,” katanya.
Mengulas mengenai pindaan perlembagaan Umno yang meluluskan usul agar pemilihan dibuat enam bulan selepas pilihan raya umum diadakan, Nazri berkata, apa difahaminya pemilihan parti tetap perlu dilakukan, bukan memanjangkan jangka hayat kepimpinan sekarang. FMT
Ismail presiden Umno jika pemilihan parti tahun ini – Nazri
Baca Artikel Menarik:
- Calon MPP selar Rafizi pilih bulu
- Keretakan rumah tangga Noh-Mizz Nina? ‘kamu semua kena tipu’
- ‘Derhaka’ cara pakai, Neelofa kecewa inainya diburuk-burukkan
- Tukar logo hadapi PRU-15 bukti PAS tidak yakin dengan jenama PN
- Pesalah seks di Thailand akan dimandulkan
- Ketahui 6 Punca Biasa Buatkan Sinki Dapur Mudah Tersumbat, Yang Ke 5 Memang Tak Sangka!
- Natasha Hudson Tegur Dato Ac Mizal Isu Anjing
- Kontroversi pemilihan PKR, solusi penyatuan bertukar jadi bom jangka?
- Tak ingat Tuhan agaknya – Mira Filzah
- Indonesia beku pekerja, banyak lagi negara sumber ada – Hamzah
- Syamsul Yusof saran undang-undang hina Islam diperketat
- Tajuddin sendiri akan keluar kenyataan mengenai isu duta – Ismail
- Kes terpotong anu: Kerajaan, empat lagi fail rayuan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET