Warga emas mati ditembak selepas main mahjong
Warga emas mati ditembak selepas main mahjong
Seorang lelaki warga emas dipercayai baru selesai bermain mahjong di rumah rakannya di Amarin Kiara, Jalan Desa Kiara 1, Kuala Lumpur, ditemui mati akibat ditembak tengah malam tadi.
Ketua Polis Brickfields, Amihizam Abdul Shukor, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 12.09 tengah malam.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa lelaki tempatan berusia 63 tahun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Sebelum kejadian, mangsa telah mengunjungi rumah rakannya di Amarin Kiara untuk bermain mahjong.
“Selesai bermain mahjong, mangsa keluar dari rumah rakannya dan bergerak ke keretanya yang diletakkan di luar kawasan Amarin Kiara,” katanya dalam kenyataan.
Amihizam berkata, saksi di tempat kejadian memaklumkan terlihat mangsa melintas di hadapannya untuk ke tempat letak kereta dan tidak lama kemudian terdengar bunyi tiga das tembakan dari arah tempat letak kereta mangsa.
Beliau berkata, mangsa kemudian didapati terbaring di sebelah keretanya dalam keadaan berlumuran darah.
Katanya, polis masih menyiasat motif kejadian dan usaha mengesan suspek giat dijalankan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di 03 22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03 21159999 atau balai polis berdekatan. FMT
Warga emas mati ditembak selepas main mahjong
Baca Artikel Menarik:
- Tiada perjanjian lantik TPM – Shahril
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Tak nak yang kaya tapi harap duit ibu bapa – Shila Amzah
- Kerajaan ‘multiverse’ hancurkan kepercayaan saya – Diana Danielle
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Rakyat Malaysia gagal tangguh hukuman mati di Singapura
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- Pesawat Qatar Airways hampir langgar belon
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
- Ahli Parlimen PKR kata YDPA dan Sultan tidak boleh terlibat dengan perniagaan
- Puad pertahan Tok Mat, Asia Times petik kenyataan diluar konteks
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar
Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah
You must be logged in to post a comment.