Rampasan aset tidak berasas – Petronas

Rampasan aset tidak berasas – Petronas

Petronas menganggap tindakan diambil terhadap dua anak syarikatnya yang menerima notis “Saisie-arret” sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukannya.

Petronas mengesahkan anak syarikatnya, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus menerima notis itu semalam.

Gergasi petroleum negara itu berkata, kedua-dua anak syarikat itu, melupuskan semua aset di Republik Azerbaijan dan hasil daripada pelupusan telah dipulangkan dengan sewajarnya.

“Petronas merujuk kepada laporan media Financial Times bertajuk ‘Petronas subsidiaries seized as lawyers press $15bn claim on Malaysia’. Kami mengesahkan bahawa kedua-dua anak syarikat dalam laporan ini telah menerima notis ‘Saisie-arret’ pada 11 Julai 2022.

“Petronas menganggap tindakan yang diambil terhadapnya sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahan kedudukan Petronas dari segi undang-undang dalam hal ini,” katanya dalam kenyataan.

Aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang dikatakan menuntut USD14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia, demikian menurut laporan Financial Times.

Peguam pihak yang menuntut, dilaporkan merampas aset Petronas yang didaftarkan di Luxembourg itu dengan nilai dilaporkan mencecah lebih USD2 bilion.

Peguam berkenaan berkata, bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi pihak pelanggan mereka.

Langkah itu yang pertama kali dilaporkan, sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh waris Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa dipajak oleh nenek-moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878. FMT

Rampasan aset tidak berasas – Petronas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker