Hadi, Muhyiddin bercelaru, lebih banyak kesilapan akan dibuat – – Khairuddin

Hadi, Muhyiddin bercelaru, lebih banyak kesilapan akan dibuat – – Khairuddin

Presiden PAS Abdul Hadi Awang disifatkan dalam keadaan “bercelaru” berhubung perjanjian melantik timbalan perdana menteri (TPM), sebagai mana “kecelaruan” parti itu menubuhkan Perikatan Nasional (PN) tanpa melalui Majlis Syura Ulama.

Bekas ahli jawatankuasa PAS pusat, Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata perbezaan pendirian antara Hadi dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengenai perjanjian pelantikan jawatan terbabit cukup menggambarkan kedua-duanya “kelam kabut” menguruskan hubungan antara parti komponen gabungan berkenaan.

Katanya, Hadi memulakan langkah “sumbang” membentuk PN dan tidak mustahil lebih banyak kesilapan akan dilakukan antaranya dengan pimpinan Bersatu.

“Saya tak nak ulas sangat apa yang berlaku bila ada pihak mendakwa ada perjanjian (jawatan TPM), sebelah pihak lagi nafi ada perjanjian…tapi bagi saya semua adalah kecelaruan dalam mengurus parti, termasuk perkara yang pernah saya sebutkan dulu berhubung tindakan PAS menubuhkan PN tanpa dirunding dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama.

“… Kalau perkara (besar) yang seperti itu tidak diambil perhatian, maka tidak pelik berlaku kecelaruan sekarang dalam pelbagai isu melibatkan PN. Bagi saya sesuatu yang silap pada awalnya akan menimbulkan lagi banyak kesilapan pada hujungnya,” kata Ahli Parlimen Kuala Nerus itu kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Muhyiddin bertindak melangkaui PAS dan PN berhubung perjanjian jawatan TPM untuk Bersatu selepas Hadi menafikan wujud perjanjian itu.

Semalam, Muhyiddin meminta Hadi merujuk kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, yang dikatakan menjadi individu bertanggungjawab menggubal draf perjanjian antara bekas perdana menteri itu dan Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menjelaskan perkara itu selepas Hadi memaklumkan tidak wujud perjanjian sebegitu dalam PN. Perkara itu dibincangkan antara PN dengan Ismail, kata Hadi, bagaimanapun tiada keputusan dicapai.

Susulan itu, Takiyuddin mengakui membuat draf perjanjian tersebut, namun ia dilakukan dalam kapasitinya sebagai menteri di jabatan perdana menteri ketika itu, bukan sebagai pemimpin parti.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata isu jawatan TPM tidak sepatutnya berbangkit ketika ini kerana tempoh penggal Parlimen berbaki tidak lebih daripada setahun.

Pemimpin parti dalam kerajaan, katanya, sepatutnya menumpukan kepada usaha membantu rakyat.

“Isu tuntutan jawatan TPM menimbulkan rasa mual dalam kalangan rakyat di bawah. Ketika mereka sedang berjuang menghadapi peningkatan kos sara hidup, ekonomi semasa, pihak pimpinan dalam kerajaan pula masih sibuk menuntut jawatan,” katanya. FMT

Hadi, Muhyiddin bercelaru, lebih banyak kesilapan akan dibuat – – Khairuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker