Rakyat Malaysia Berpeluang Saksi Fenomena Super Full Moon Esok

Rakyat Malaysia Berpeluang Saksi Fenomena Super Full Moon Esok

KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini sekali lagi akan berpeluang menyaksikan fenomena Super Full Moon atau kedudukan bulan paling hampir ke bumi pada jam 5.09 petang esok.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), menerusi portal rasmi, hari ini, memaklumkan fenomena itu terjadi berikutan kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi atau disebut sebagai perigee dengan jarak adalah 357,263 kilometer (km).

“Bulan beredar mengelilingi bumi dalam orbit dengan purata nilai keeksentrikan 0.0549. Oleh itu, purata jarak bulan dari bumi (pusat ke pusat) adalah berbeza pada setiap masa dengan jarak purata paling dekat (perigee) adalah 363,396 kilometer (km) dan jarak purata paling jauh (disebut sebagai apogee) adalah 405,504 km.

“Semasa Super Full Moon, bulan penuh boleh kelihatan sehingga tujuh peratus lebih besar daripada bulan penuh biasa, dan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada ‘Micromoon’,” katanya.

Fenomena Super Full Moon telah berlaku pada 14 Jun lalu dan imej berjaya dirakam sistem Teleskop Observatori Negara Langkawi.  BERNAMA

Rakyat Malaysia Berpeluang Saksi Fenomena Super Full Moon Esok

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker