Operasi tanpa lesen, Crackhouse diberi surat tunjuk sebab oleh DBKL

Kelab Komedi Crackhouse telah beroperasi tanpa lesen hiburan, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Jalaluddin Alias.

Premis di Taman Tun Dr Ismail yang terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu hanya mempunyai lesen restoran, katanya.

“Mereka perlukan kedua-duanya. Jadi mereka pasti melanggar syarat-syarat itu,” katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris The Star.



Jalaluddin berkata DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pengendali kelab berkenaan hari ini (Selasa). Crackhouse perlu menjawap dalam masa 14 hari.

Operasi kelab komedi itu digantung sejak Ahad lalu susulan siasatan ke atas satu klip video tular yang dipercayai menghina agama Islam.

Video berdurasi 54 saat itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen dalam kalangan netizen apabila seorang wanita yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran sebelum menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang mencolok mata.

Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

Tindakan menggantung sementara operas kelab itu, bagaimanapun, menerima banyak kritikan daripada pelawak dan warga maya yang percaya kelab tersebut tidak sepatutnya dihukum atas tindakan wanita berkenaan yang melakukannya secara spontan.



Jalaluddin dilaporkan berkata Crackhouse boleh memfailkan rayuan dalam tempoh 14 hari, dan juga memohon lesen hiburan daripada DBKL.

“Saya akan menyerahkan kepada jawatankuasa untuk menyiasat sama ada lesen sekarang telah disalahgunakan,” katanya

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]



Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker