Biden makin dibenci rakyat AS

WASHINGTON – Tinjauan pendapat menunjukkan Presiden Joe Biden tidak lagi dilihat sebagai pemimpin yang disukai dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat (AS).

Ia dibuktikan selepas penarafan kelulusan Biden menjunam kepada 29 peratus apabila semakin ramai rakyat negara Uncle Sam itu menunjukkan rasa tidak puas hati terhadapnya akibat lonjakan inflasi dan kenaikan harga petrol yang tinggi.

Tinjauan penjejakan harian dijalankan oleh syarikat pengundian dan analisis dalam talian, Civiqs yang diterbitkan pada Ahad menunjukkan sebanyak 58 peratus pengundi berdaftar tidak berpuas hati terhadap prestasi kerja Biden.

Hanya 29 peratus responden bersetuju dengan cara Biden mengendalikan tugasnya sebagai Presiden AS, manakala 13 peratus lagi responden menyatakan mereka tidak pasti.

Sekurang-kurangnya 66 peratus responden berkulit putih tidak menyokong Biden tetapi beliau tetap popular dalam kalangan warga kulit hitam atau Afrika-Amerika.

Berdasarkan tinjauan Civiqs juga, Biden mempunyai daya tarikan rendah di hampir semua negeri termasuk Delaware iaitu negeri asalnya dengan 54 peratus responden menolak kepimpinan beliau.

Kadar inflasi di AS mencecah paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun dengan harga indeks harga pengguna (IHP) melonjak 8.5 peratus dalam tempoh 12 bulan hingga Mei, demikian menurut Jabatan Buruh AS.

Bulan lalu, harga petrol di AS mencapai rekod tertinggi dengan harga purata di stesen-stesen pam mencecah AS$4.37 (RM19.16) untuk setiap 3.78 liter atau satu gelen.

Malah, kos makanan yang melambung tinggi menambahkan lagi api kemarahan rakyat AS terhadap pentadbiran Biden. – Agensi.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker