11 Bangkai Lembu Sudah Berulat Ditemukan Di Kuala Nerus

11 Bangkai Lembu Sudah Berulat Ditemukan Di Kuala Nerus

KUALA NERUS: Bangkai 11 ekor lembu dalam keadaan berulat ditemukan di sebuah kawasan terbiar di Kampung Sungai Lekar di sini, dipercayai dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut seorang penduduk kampung itu Wan Zaidi Wan Jaafar, 48, berkata bangkai lembu tersebut dijumpai penduduk yang ingin memancing di Sungai Lekar yang terletak kira-kira lima meter dari kawasan itu pada petang Sabtu lepas.



“Bangkai lembu ini mungkin dibuang pada hari yang sama kerana ada penduduk kampung terlihat dua buah lori memasuki simpang ke kawasan itu. Kedua-dua lori tersebut dilihat penuh dengan lembu yang telah mati,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Tinjauan Bernama ke kawasan yang terletak kira-kira 15 meter dari Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu itu mendapati, bangkai 11 ekor lembu tersebut berada dalam keadaan bergelimpangan, sudah kembung, berulat dan dihurungi lalat.

Bangkai 11 ekor lembu tersebut berada dalam keadaan bergelimpangan, sudah kembung, berulat dan dihurungi lalat. – Foto BERNAMA

Wan Zaidi berkata bau busuk bangkai haiwan itu mendatangkan ketidakselesaan, kerana kawasan tersebut merupakan laluan utama penduduk ke Sungai Lekar ke kawasan berdekatan.

“Walaupun kawasan tersebut jauh dari kawasan penempatan, namun ia merupakan laluan digunakan penduduk untuk memancing dan ke kebun. Jadi kita risau kalau bangkai lembu ini menyebabkan pencemaran bau yang lebih teruk dan air sungai juga boleh tercemar,” katanya.



Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu Dr Anun Man ketika dihubungi berkata setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai penemuan bangkai lembu tersebut.

Namun katanya pihak veterinar negeri akan segera ke lokasi penemuan bangkai tersebut, bagi mendapatkan sampel mengenal pasti punca kematian lembu-lembu itu dan siasatan serta menjalankan kerja-kerja pelupusan.

“Kita tidak tahu apa punca lembu-lembu itu dibuang di situ. Ada kemungkinan lembu-lembu itu diseludup dari luar dan sekiranya haiwan tersebut dibawa dalam lori tertutup (lori bungkus) serta melalui perjalanan yang jauh, ia boleh menyebabkan lembu-lembu itu lemas dan boleh menyebabkan kematian.

“Sekiranya ia mati disebabkan wabak penyakit seperti penyakit kuku dan mulut (FMD) dan sebagainya, pemilik lembu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 31 Akta Binatang 1953, kerana gagal melaporkan penyakit haiwan ternakan mereka kepada pihak veterinar,” katanya.



Beliau berkata tindakan juga juga boleh diambil di bawah Seksyen 34, Akta Binatang 1953 kerana melupuskan haiwan ternakan berpenyakit tanpa kebenaran pihak berkuasa Veterinar.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu juga akan membuat siasatan sekiranya ada unsur-unsur melibatkan kezaliman haiwan di bawah Seksyen 29, Akta Kebajikan Haiwan 2015.-BERNAMA

11 Bangkai Lembu Sudah Berulat Ditemukan Di Kuala Nerus

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]



Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker