Tiada cadangan tutup sektor ekonomi walaupun kes COVID-19 meningkat – PM

Tiada cadangan tutup sektor ekonomi walaupun kes COVID-19 meningkat – PM

BERA: Kerajaan tidak bercadang untuk menutup kembali sektor ekonomi seperti sebelum ini, walaupun berlaku peningkatan kes positif COVID-19 sejak awal bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah penting yang perlu diambil rakyat ketika ini adalah untuk terus mengamalkan kawalan kendiri selain mengambil dos penggalak bagi melindungi diri masing-masing.



Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera turut menggalakkan tujuh juta rakyat Malaysia yang belum mengambil dos penggalak, untuk mengambilnya sebagai langkah proaktif bagi melindungi diri dan keluarga daripada varian baru yang mudah merebak meskipun ia tidak diwajibkan.

Ia juga diyakini turut membantu berdepan varian baharu wabak itu terutamanya Omicron BA.5 yang lebih mudah menjangkiti.

“Kehidupan akan berjalan seperti biasa cuma kita perlu mengambil langkah proaktif untuk melindungi diri dan keluarga termasuk mengambil suntikan dos penggalak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Korban Perdana Parlimen Bera 2022 di Masjid Darul Fikri di sini hari ini.

Sehingga semalam, sebanyak 3,264 kes baru COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,595,974.

Jumlah kes aktif pula sebanyak 35,882, meningkat 27.8 peratus berbanding 14 hari lalu.



Sementara itu jumlah kes tertinggi terus dicatatkan di sekitar Lembah Klang yang menyaksikan hampir 70 peratus kes baharu dengan Selangor 1,326 kes.

Sejak wabak itu melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 35,811 kematian akibat COVID-19 direkodkan dengan dua kematian semalam, masing-masing satu di Sarawak dan Selangor.-AA

Tiada cadangan tutup sektor ekonomi walaupun kes COVID-19 meningkat – PM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]



Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker