Mat Kilau Dah Cecah RM71 Juta, Syamsul Yusof Hilang Kata-Kata
Mat Kilau Dah Cecah RM71 Juta, Syamsul Yusof Hilang Kata-Kata
Filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan (Mat Kilau) terus mencipta fenomena apabila mencatat kutipan RM71 juta setakat petang, hari ini.
Pengarahnya, Syamsul Yusof berkata, filem itu masih mendapat sambutan penonton selain menyifatkan momentum filem itu kuat.
“Kutipan setakat semalam lebih RM68 juta. Kalau termasuk hari ini (petang) sudah mencapai RM71 juta. Sambutan masih hebat dan luar biasa. Mungkin sebab cuti, jadi pawagam pun masih penuh. Momentum filem ini kuat.
“Saya bersyukur apabila semua orang membicarakan filem ini. Selain daripada golongan intelektual seperti doktor, pensyarah universiti, malah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pun bertitah suruh rakyat menonton filem ini, ambil manfaat daripada filem ini, kembalikan jati diri Melayu,” katanya kepada Harian Metro.
“Sangat luar biasa. Saya hilang kata. Syukur, alhamdulillah. Satu saja, saya nak mengucapkan terima kasih kepada penonton Malaysia, Singapura dan Brunei yang sentiasa memberikan sokongan kepada filem saya. Insya-Allah, saya cuba memberikan yang lebih baik untuk filem akan datang,” katanya.
Ditanya mengenai kutipan Mat Kilau bagi tayangan Malaysia, Syamsul menganggarkan ia lebih RM60 juta.
“Soal kutipan di Malaysia, kena semak. Saya yakin di Malaysia saja lebih RM60 juta,” katanya.
Terdahulu, kutipan filem Mat Kilau sudah melepasi jangkaan Syamsul apabila sudah berjaya mencecah RM61 juta dalam tempoh 17 hari tayangan pada 9 Julai.
Jumlah kutipan yang diraih kini berjaya memecah rekod filem paling laris di Malaysia iaitu Munafik 2 yang juga arahan Syamsul pada 2018 sebanyak RM48 juta.-HM
Mat Kilau Dah Cecah RM71 Juta, Syamsul Yusof Hilang Kata-Kata
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aidiladha: Jangan Buat Dua Perkara Ini Ketika Melapah Daging Korban
- Wanita Tanggal Baju Separuh Bogel Buat ‘Live’ Jawab Soalan Netizen, Kerap Kongsi Tip Hubungan Seks
- PH mahu sambung MoU, jangka tewas teruk jika PRU awal
- Wanita Itu ‘Mental’, Perlukan Bantuan – Harith Iskander [VIDEO]
- Belanjawan 2023: UMNO nasihat kerajaan beri bantuan ekonomi secara menyeluruh
- PAS tidak mahu guna logo PN dalam PRU-15
- Juruterbang Nekad Terbangkan Pesawat Mendarat Cemas Di Lebuh Raya [VIDEO]
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]
Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]
Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara