Khalid Samad bidas Mahahir, jika tolak Anwar tiada khemah besar
SHAH ALAM – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad membidas pendirian Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berhubung penolakan parti itu yang tidak mahu bekerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah ‘khemah besar’.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, pendekatan ‘khemah besar’ membawa maksud penyatuan semua parti pembangkang dengan matlamat utama mengalahkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“’Khemah besar’ maknanya semua pembangkang bersatu dan bekerjasama. Kalau tak nak Anwar, bukan khemah besar lagilah.
“Kalau ingin kalahkan BN dan PN, semua mesti ketepikan kepentingan dan kecenderungan peribadi dan utamakan kepentingan negara. Kalahkan BN dan PN, itu yang utama!” tegas beliau menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin.
Timbalan Presiden Pejuang, pada Marzuki Yahya pada Ahad dilaporkan berkata, meskipun menerima pendekatan ‘khemah besar’ pembangkang, namun ia tidak boleh menerima kepimpinan Anwar.
Marzuki pada masa sama turut berpandangan pendekatan ‘khemah besar itu bukan satu-satunya penyelesaian terhadap krisis politik semasa di dalam negara.
Idea khemah besar merupakan pendekatan dikemukakan beberapa pemimpin di bawah gabungan Pakatan Harapan (PH) bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri antara parti pembangkang pada PRU akan datang.
Pendekatan untuk mengelakkan pertembungan lebih dua penjuru itu diusulkan kerana ia dilihat berjaya untuk menewaskan BN pada PRU14 lalu.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aidiladha: Jangan Buat Dua Perkara Ini Ketika Melapah Daging Korban
- Wanita Tanggal Baju Separuh Bogel Buat ‘Live’ Jawab Soalan Netizen, Kerap Kongsi Tip Hubungan Seks
- PH mahu sambung MoU, jangka tewas teruk jika PRU awal
- Wanita Itu ‘Mental’, Perlukan Bantuan – Harith Iskander [VIDEO]
- Belanjawan 2023: UMNO nasihat kerajaan beri bantuan ekonomi secara menyeluruh
- PAS tidak mahu guna logo PN dalam PRU-15
- Juruterbang Nekad Terbangkan Pesawat Mendarat Cemas Di Lebuh Raya [VIDEO]
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]
Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]
Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara
You must be logged in to post a comment.